Korean mind set tidak terhad kepada 10 step skin care yang semua orang sedia tahu ia sebenarnya lebih luas dan menyeluruh kepada bagaimana mereka menjaga kulit dan apa yang mereka faham dan fikir tentang penjagaan kulit mereka. Kita boleh lihat cara hidup orang korea kenapa mereka sangat mementingkan penggunaan sunscreen setiap hari, apakah sebenarnya yang mereka faham tentang kulit yang kita di Malaysia masih belum faham? Mari kita bongkarkan.
- Skin first makeup second
Bagi orang korea daripada sibuk pakai make up concelear untuk cover kita punya parut di wajah lebih baik kita focus kepada merawat dan memelihara kulit wajah daripada timbul sebarang masalah kulit, kata orang mencegah ia daripada timbul lebih baik. Make up hanya cover masalah kulit kita sementara sahaja, selepas make up ditanggalkan kulit kembali dalam keadaan yang kurang memuaskan.
- Penjagaan kulit bukan setakat apa yang kita guna, tetapi ia lebih kepada bagaimana cara kita menggunakannnya
Orang korea bukan setakat sapu produk penjagaan kulit setiap hari tetapi mereka ada teknik dan cara untuk memakainya supaya ia berkesan serta mereka memakainya secara konsistent setiap hari. Setiap step yang mereka apply diselang seli dengan teknik seperti tap, pat dap dan sebagainya supaya produk penjagaan kulit menyerap dan berkesan kepada kulit.
- It’s about brightening not whitening
Kulit yang bright (bercahaya) adalah goal setiap orang korea dalam proses mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Kebanyakkan produk di Korea melabelkan whitening bermaksud brightening. Dan mereka juga suka menyerlahkan lagi brightening pada kulit menggunakan minimal make up.
- Hidrat kulit setiap masa dan go deep
Orang korea lebih menyukai dewy skin (kulit berembun) kerana ia lebih kelihatan fresh berbanding barat, penjagaan kulit barat lebih menyukai matte skin. Dewy skin ialah perantaraan kulit berminyak, ia kelihatan segar (fresh) tetapi tidak terlalu berminyak pada tekstur kulit wajah. Mereka menggunakan moisturizer atau facial mist untuk hidrat kulit setiap masa. Hydration is essence of beauty and water is essence of hydration.
- Tiada rutin penjagaan kulit wajah yang sama setiap orang
Setiap orang korea mempunyai rutin penjagaan kulit mereke tersendiri, mereka masih mengamalkan 10 step skin care tetapi jenis produk dan cara apply produk berbeza mengikut orang. Ini kerana mereka faham yang setiap orang mempunyai jenis kulit dan keberkesanan tersendiri terhadap jenis kulit masing-masing.
Paling utama apa yang mereka faham dan pegang adalah skincare adalah try and error proses dan agak jarang untuk percubaan pertama kita pakai sesuatu produk sudah dapat produk yang tepat dan terbaik dengan jenis kulit kita, bukan semudah kita tengok apa yang orang lain buat dan pakai kita buat dan mengharapkan result yang sama terhadap kulit kita. Dan sangat penting untuk kita tahu kulit kita setiap masa akan berubah-ubah kerana kulit juga hidup seperti kita.
Orang korea sangat faham perkara ini, jadi mereka tahu bagaimana untuk handle jika sesetengah produk yang mereka pakai kurang berkesan terhadap kulit mereka. Jika perkara ini berlaku mereka akan cepat-cepat bertukar tanpa berfikir dua kali lagi.
- Produk penjagaan kuit yang tepat adalah yang sesuai dengan jenis kulit tidak semestinya produk yang mahal harganya
Produk penjagaan kulit yang tepat dengan kulit kita boleh dilihat pada jenis produk seperti gel, watery, oil or cream serta bahan-bahan yang digunakan dalam produk penjagaan kulit tersebut. Jika kita teliti betul-betul ada sahaja produk yang harganya lebih murah dan sesuai dengan jenis kulit serta ada juga produk yang harganya jauh lebih mahal dan sesuai dengan jensi kulit kita. Ini memerlukan skill, ilmu dan kefahaman yang advance terhadap skill penjagaan kulit.
- Branding pada produk cuma jenama semata-mata
Di korea mereka jarang stay dengan satu jenama produk penjagaan kulit sahaja, mereka mempelbagaikan brand yang mereka guna atas alasan mereka tidak akan stay lama-lama dengan produk penjagaan kulit yang tidak memberikan sebarang kesan, mereka cepat-cepat stop dan cari produk penjagaan yang baru. Oleh kerana itu, di korea inovasi dalam industri produk penjagaan kulit sangat pantas kerana permintaan dan kehendak pengguna di sana.
- Proses penjagaan kulit bukan hanya untuk orang dewasa sahaja, kanak-kanak turut menjaga kulit mereka
Di korea mereka diajar menjaga kulit sejak dari kanak-kanak lagi, kanak-kanak di sana sudah diajar tentang moisturizer, exfoliate dan sunscreen berbanding kita di sini bila dewasa barulah kita diajar untuk menggunakan pelbagai produk penjagaan kulit. Kebanyakan orang korea menggunakan SPF sebelum bermulanya fasa penuaan untuk mencegahnya dan sentiasa melembapkan kulit setiap masa dengan menggunakan moisturizer jadi mereka tidak risau mengenai timbulnya garis halus pada wajah. Mereka faham dengan sedikit masa dan usaha, kita boleh kawal keadaan kulit kita berbanding hanya duduk sahaja dan menunggu masa yang akan bermulanya fasa ketakutan bagi setiap wanita.
- Packging adalah sesuatu yang utama
Bagi orang korea packging yang cantik adalah produk yang berkualiti dan ia akan digunakan setiap masa dan setiap hari. Oleh kerana packging yang sangat comel ia membuatkan kita rasa nak gunakannya setiap masa. Itulah apa yang difikirkan oleh orang korea, jika produk itu kurang bagus tidaklah packgingnya kemas dan cantik.
- Inovasi adalah segalanya
Pasaran produk penjagaan kulit di korea berkembang dengan pesatnya, mereka di sana kalau boleh akan satu langkah lebih awal daripada apa yang diinginkan pengguna. Ini bermaksud pengguna di korea sangat cepat dan pantas dalam mempelbagaikan rutin dan produk penjagaan kulit setiap masa. Ibarat bagi orang korea, setiap kita mesti tidak mahu pakai baju yang sama sepanjang hidup kita jadi kenapa pula kita mahu pakai moisturizer atau pun produk penjagaan kulit yang sama sepanjang hidup kita.
Inilah 10 mind set yang ada pada orang korea yang tiada pada kita di Malaysia, kebanyakannya bertentangan dengan apa yang diwar-warkan oleh marketing produk penjagaan kulit di Malaysia. Oleh kerana itulah result yang kita dapat pada kulit kita amat berbeza dengan kulit mereka orang korea. Jadi mulai hari ini kita sudah faham dan tahu apa sebenarnya yang patut kita perbaiki dan perbetulkan pada rutin penjagaan kulit kita bagi mencapai kulit idaman kita.
Kredit info from Little Book Of Skincare.