Hari jumaat hari tu di office saya ditanya oleh dua orang rakan office macam mana cara kurangkan masalah pori terbuka dan whitehead pada kulit wajah, memang merimaskan rasa bila pakai bedak atau foundation rasa kulit tidak sekata dan rasa hodoh.
Pertama sekali anda perlu faham bagaimana datangnya masalah pori terbuka dan whitehead pada kulit wajah kita. Pori terbuka timbul disebabkan sisa kotoran minyak dan sel kulit mati yang berkumpul dalam liang pori. Sisa kotoran ini diproses oleh kulit wajah setiap hari, setelah sisa kotoran ini berkumpul dan tidak dibersihkan lama-kelamaan ia akan bertukar kepada masalah whitehead pada kulit wajah. Jadi bagaimana caranya untuk kita mengatasi masalah pori terbuka sekali gus mencegah whitehead daripada muncul? Teruskan membaca.
- Pastikan kita mencuci wajah atau sisa makeup dengan sempurna
Ramai dalam kalangan kita yang terelepas pandang perkara ini, bukan kerana tidak tahu tetapi lebih kepada tidak mahu ambil berat kerana kita taidak tahu apa kesan jangka panjang terhadap kulit wajah jika sisa makeup tidak dicuci dengan bersih terutamanya sebelum tidur. Setiap hari kulit kita berdepan dengan habuk pencemaran dan kotoran yang sememangnya akan melekat pada kulit kita. Oleh kerana itu, kita perlu menjaga kebersihannya setiap masa supaya kotoran dan habuk tersebut tidak akan melekap dan berkumpul pada kulit wajah yang boleh menyebabkan masalah pori terbuka dan whitehead.
Kepada mereka yang tidak memakai makeup juga perlu mencuci wajah dengan sempurna apatah lagi mereka yang memakai makeup setiap hari atau makeup yang tebal. Cara yang sempurna mencuci wajah adalah dengan mencuci sekurang-kurangnya 30 saat membelai kulit wajah dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang sesuai dan tepat dengan jenis kulit, Simple skincare ini bertekstur gel dan tiada bau ia sesuai kepada jenis kulit kombinasi dan berminyak.

- Mencuci wajah dengan menggunakan teknik double cleansing
Teknik ini sangat berkesan kepada hampir semua jenis kulit, ini adalah teknik yang diperkenalkan oleh penjagaan kulit orang korea. Mereka mengamalkan teknik mencuci wajah dua kali. Pertama mereka mencuci wajah dengan menggunakan oil cleanser untuk membuang segala sisa kotoran jenis minyak daripada kulit daripada liang pori dan kedua mereka menggunakan water cleanser untuk mencuci kotoran berasaskan air seperti peluh pada kulit wajah.
Di Malaysia teknik ini hanya diamalkan kepada siapa yang tahu sahaja tidak pada semua orang, tiga tahun yang lepas saya diperkenalkan dengan teknik ini ketika saya berdepan dengan masalah kulit berminyak yang tidak terkawal. Selepas mengamalkan teknik double cleansing ini masalah kulit berminyak saya berkurang dan lebih selesa menjalankan aktiviti harian.
Anda boleh mencuba oil cleansing daripada biore ini, ia diformulasi daripada bauan epal dan amat lembut pada kulit wajah sesuai hampir kepada semua jenis kulit.

- Mengamalkan makanan seimbang banyakkan makan buah-buahan dan sayuran
Ini adalah tips yang amat susah dilaksanakan oleh masayarkat kita, ramai antara kita sudah selesa dibesarkan dalam suasana fast food, makanan bergoreng, berminyak dan sebagainya. Mungkin anda susah untuk mengurangkan makanan sebegitu, cadangan saya anda boleh menambah manu makanan anda setiap hari dengan buah-buahan dan sayuran untuk mengurangkan masalah rembesan minyak pada kulit wajah. Minyak yang terhasil akan berkumpul dalam liang pori dan menyebabkan masalah pori terbuka dan whitehead. Sepanjang tiga tahun kebelakangan ini saya banyak mengubah diet pemakanan saya dengan menambah buah-buahan dan perbanyakan sayuran dalam makanan harian dan ia sangat membantu memperbaiki keadaan kulit saya.

Buah tembikai adalah pilihan pertama saya kerana ia membantu menghidrat kulit serta menyeimbangkan minyak pada kulit wajah saya. Saya juga mengamalkan buah betik kerana buah betik membantu melawas pemakanan saya dengan mudah iaitu ia mencuci segala toksin dan kekotoran dalam tubuh saya setiap hari. KUlit adalah gambaran sebenar apa yang berlaku dalam tubuh kita jika kulit kita kelihatan sihat ban tiada sebarang masalah itu tandanya dalam tubuh kita berfungsi dengan baik, jika sebaliknya anda perlu perbaiki semula apa nutrisi yang anda berikan pada tubuh anda setiap hari. Jadi ini adalah tiga tips yang saya kongsikan dengan rakan office saya, tiga tips ini saya amalkan secara konsisten sejak tiga tahun yang lepas. Ia banyak mengubah kesan dan keadaan kulit wajah sa
shela
Wahhh terbaikk
Mas amira
Bagus perkongsian awak