Kulit adalah organ yang paling besar terdapat pada tubuh manusia kulit membantu melindungi organ dalaman kita daripada pencemaran dan ganguan luaran persekitaran serta menjaga dan megawal suhu badan. Oleh kerana ini amat penting kita menjaga kesihatan dan kecantikan kulit agar ia sentiasa kekal utuh melindungi tubuh kita. Dalam dunia kecantikan kulit merupakan element penting bagi mencerminkan kecantikan luaran manusia, kulit juga bertindak sebagai sebahagian tempat untuk menyerlahkan kecantikan. Disebabkan itulah penjagaan kulit yang betul amat penting bagi merealisasikan fungsi kulit.
Disini cikciraa akan berkongsi tentang 3 langkah asas penjagaan kulit wajah yang betul bagi beginner. 3 langkah ini merangkumi aspek mencuci, melembap dan melindungi kulit dengan menggunakan produk pencuci muka, pelembab dan pelindung suria.
Pertama; pencuci muka berfungsi sebagai alat yang membersihkan permukaan kulit daripada kekotoran habuk dan sebagainya, kulit yang bersih sentiasa akan terhindar daripada bakteria dan kuman yang boleh menyebabkan masalah whitehead, blackhead dan jerawat. Mencuci muka secara asasnya perlu dilakukan setiap pagi selepas bangun tidur dan malam sebelum tidur.
Kedua; pelembab wajah befungsi untuk menjaga dan mengekalkan keadaan struktur kulit wajah agar tidak terlalu berminyak dan kering. Pelembab membantu memperbaiki struktur kulit agar sentiasa kelihatam licin, lembap dan halus. Selain itu, pelembap bertindak menyeimbangkan keadaan kulit wajah mengikut keadaan persekitaran dan cuaca semasa tempat tinggal kita. Kulit yang sihat ialah kulit yang mempunyai kelembapan yang seimbang.
Ketiga ialah pelindung suria iaitu sunblock. Sunblock bertindak sebagai pelindung untuk memelihara kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh cahaya matahari UVA dan UVB. Cahaya matahari yang terus ke kulit kita tanpa pelindungan boleh menyebabkan sunburn, penuaan pramatang, bintik-bintik hitam, jeragat dan sebagainya. Jadi pemakaian sunblock setiap masa sangat penting untuk melindungi keadaan kesihatan dan kecantikan kulit.
Hanya mengamalkan 3 langkah utama ini dahulu secara konsisten setiap masa kita sudah berjaya menyelamatkan keadaan kulit wajah daripada pelbagai masalah kulit. Amat disyorkan penjagaan kulit wajah ini bermula ketika remaja lagi untuk mengelakkan pelbagai masalah kulit wajah yang timbul ketika dewasa nanti tetapi jika baru sekarang kita baru hendak bermula masih lagi tidak terlewat apa yang utama adalah kesedaran kita akan kepentingan penjagaan kulit wajah bagi mengelakan masalah kulit dan berhabis wang bagi memulihkan masalah kulit. Penjagaan yang lebih awal menyelamatkan kita daripada masalah ini.

Harus diingat penjagaan kulit wajah perlu berterusan dijaga dan dipeliharan seperti mana kita melakukan aktiviti harian kita seperti tidur dan makan, penjagaan kulit wajah bukan sekadar hanya pakai produk dan bila kulit sudah cantik dan okey kita berhenti amalkan, hal ini boleh menyebabkan kulit kembali bermasalah semula akibat sudh tidak dijaga dan dipelihara keadaannya. Jadi kunci utama kecantikan kulit ialah konsisten menjaga keadaan kulit dampai bila-bila.