Hampaa pernah tengok tak kulit wajah orang korea tak kiralah kulit wajah atau badan depa memang nampak halus bersinar dan cantikan? Disebalik kulit cantik depa tu ada rutin dan kepercayaan yang betul tentang kecantikan kulit orang korea ni. Jom cikciraa bagitau kat hampaa apa yang orang korea faham dan amalkan untuk rutin penjagaan kulit setiap hari.
1. 1. Orang korea faham kulit yang sihat lebih penting daripada menutup cela kulit dengan makeup.
Kat negara barat, kecantikan kulit banyak fokus kepada tutup jerawat dan cela kulit dengan makeup. Tapi kat korea ni lain pulak. Orang korea lebih mengutamakan kulit yang sihat dan bebas cela. Tak peliklah kalau kita tengok skincare korea lebih fokus pada merawat kulit daripada kerosakkan kulit. Bagi depa, kulit yang sihat ni bermaksud tak berjerawat, memiliki pori yang kecil, terhidrasi dengan baik, kenyal dan glowing.
Kalau hampaa nak tau orang korea ada prinsip dalam kecantikan, orang korea fikir jika kulit kita sihat kita dah tak perlu lagi makeup yang tebal untuk tutup cela kulit wajah dan kita boleh tampil cantik dengan yakin. Kulit wajah yang sihat juga akan buatkan makeup dapat diaplikasikan dengan lebih baik dan lebih cantik.
2. Kulit wajib terhidrasi dengan baik itulah tandanya kulit yang sihat.
Bagi orang korea kulit yang terhidrasi dengan baik (cukup kelembapan) ialah kulit yang sihat. Orang korea khususnya perempuan, depa suka sangat kulit muka depa lembap dan glowing. Antara kunci nak dapatkan kulit glowing ni ialah kita kena pastikan kulit sentiasa terhidrasi dengan baik.
Jika kulit terhidrasi dengan baik, kulit tak akan mudah break out, tekstur kulit nampak kenyal, lembut, pori mengecil dan produksi sebum berkurang dan sudah semestinya akan nampak lembap. Kulit nampak lembap ya hampaa ! bukan berminyak tau hehe
3. Perlu pakai skincare berlapis untuk kulit sihat dan glowing.
Secara umum kita tau yang melembapkan kulit hanya pakai pelembab ja kan? Kalau hampaa nak tau orang korea amalkan 10 step skincare setiap waktu dalam sehari untuk dapatkan kulit yang sihat dan glowing. Haa telan ayaq liuq dengar hihi.
Mula-mula depa akan remove makeup dan buat double cleansing lepas tu pakai toner – essence dan serum untuk merawat kerosakan kulit – pakai pelembap – sunblock atau sleeping mask. Amalkan exfoliate kulit 2 kali seminggu dan pakai mask untuk kekalkan kelembapan kulit. Wow kan. Tapi percayalah hampaa kalau hampaa buat dengan konsisten akan nampak hasil tak sampai dua bulan. Sebab cikciraa dah buat ( masa buat tu pon 6 step sahaja dan nampak hasil kulit halus dan glow dalam masa 3 minggu).
4. Bukan hanya sapu pada kulit tetapi ditepuk-tepuk untuk penyerapan yang sempurna.
Kita selalu tengok kalau dalam drama korea atau dalam tutorial depa buat bila pakai skincare depa akan tepuk-tepuk kulit wajah lepas oles skincare. Bagi depa dengan buat macam tu akan memudahkan skincare yang depa pakai tu lebih meresap lebih cepat dan sempurna pada kulit. Buktinya hampa try ambik lotion ka apa sapu kat kulit dan tepuk-tepuk sikit perasankan lotion tu akan cepat meresap masuk ke dalam kulit dan kulit nampak steady lembap.
5. Wajib konsisten dan sabar untuk hasil yang diingini.
Bagi orang korea tiada kecantikkan segera untuk miliki kulit yang sihat dan cantik. Tujuannya ialah kita nak merawat masalah kulit wajah supaya kulit makin sihat dan tak perlu lagi pakai makeup tebal untuk tutup cela kulit, jadi konsisten dan sabar dalam mengamalkan rutin penjagaan kulit wajah sangat penting.
Nakkan kulit yang sihat dan cantik macam orang korea tak boleh MALAS ! dan tak boleh SKIP mana-mana step bila dah start buat ! haa garang dak cikciraa siap tanda seru, bila kita start skip buat akan lambat dan tak dapatlah kesan macam kita nakkan tu. Jadi sabar sat dan teruskan konsisten sehingga 2 bulan hampaa akan mula nampak hasilnya percayalan, lepas 2 bulan tu teruskan konsisten sebab time tu hampaa dan terbiasa dengan rutin ni.
Jadi hampa dah fahamkan kecantikkan sebenar ialah bukan dengan dapat tutup cela pada kulit dengan makeup sahaja tetapi kecantikkan sebenar kulit wajah ialah kulit bebas cela dan sihat berseri.
Hayati Suki
Sedang dalam proses percubaan 10 steps tu 😊
admin
all the best <3