Purging dan breakout adalah proses yang berlaku terhadap kulit kita bila kita pakai sesuatu produk skincare.

Pernah tak hampa try satu produk lepas tu naik jerawat kat muka dan seller produk atau siapa-siapa akan cakap alaaa tu healing crisis, takpe teruskan pakai, produk tu tengah detox kulit awak yeee.. NO NO NO, sebelum nak terima apa-apa info please cari knowladge dulu. Lagi power bila dia kata itu purging. Oh menn ! cik cira tak boleh terima .
Apa itu purging? dan apa bezanya dia dengan breakout? mai sini cik cira nak explain dengan cara paling mudah.
Purging | Breakout | |
Jerawat naik disebabkan pakai produk yang ada active ingredient | Jerawat naik disebabkan pakai produk yang tidak sesuai dengan kulit | |
Proses ini berlaku untuk hasilkan lapisan kulit baru yang lebih cantik halus dan bersih | Proses ini berlaku kerana kulit tidak dapat menerima ingredient dalam produk tersebut | |
Selalunya jerawat naik di bahagian muka yang selalu naik jerawat | Jerawat akan naik di bahagian muka yang tak pernah naik jerawat | |
Selalunya proses ini akan berlaku dalam 4-6 minggu sahaja lepas tu kulit akan jadi lebih cantik | Jerawat akan naik sampai bila-bila jika tak stop produk tersebut | |
Proses purging berlaku kat kulit kita disebabkan sel kulit kita ditanggalkan dengan lebih cepat berbanding biasa bila kita pakai active ingredients tetapi berbeza pula dengan breakout. Breakout jadi sebab liang pori kita tersumbat, kulit jadi alergik dengan bahan dalam produk tu atau berlaku iritasi pada kulit sebab kulit tak boleh terima ingredient dalam produk yang kita pakai.
Bila dah tahu apa beza kedua-dua perkara ni apa pula kita nak kena buat? kat sini guide yang hampa boleh follow.

Jika kulit kita tengah melalui purging kita kena teruskan pakai produk tu tapi kalau awal-awal lagi pakai produk yang bukan daripada bahan active ingredient dah tak okey naik merah-merah gatal dan sebagainya terus sahaja stop. Ini lah fungsi patch test yang cik cira pernah share sebelum ni. Sebelum mula pakai produk baru which is bukan treatment produk kena buat patch test.
Jika hampa pakai cleanser yang ada active ingredient macm BHA or AHA pula, active ingredients dalam tu tak mampu untuk berfungsi seperti treatment produk disebabkan amount active ingredients dalam tu sedikit sahaja. Jika naik jerawat itu tanda breakout !

Kunci nak dapat clear skin adalah sentiasa understand your skin. Ada sesetengah orang kulit dia tak jadi purging kalau pakai active ingredients jadi takde masalah kita jangan expect semua orang yang pakai active ingredients akan purging ada sesetangah yang bertuah dia tak akan alami proses ini. Jadi jangan takut untuk mencuba dan jangan mudah putus asa. Skincare adalah rutin yang perlu kita buat setiap hari bukan magic action yang boleh mengubah skin kita semalaman ingat tu ! Bye 😘
Share info ini kat media social hampa, mungkin ia boleh mengubah hidup seseorang.