
Skin barrier bermaksud penghalang kulit, ia merupakan penghalang antara tubuh badan kita dan persekitaran luaran. Kulit terdiri daripada 3 lapisan iaitu epidermis, dermis dan hypodermis. Skin barrier merupakan lapisan pertama kulit iaitu epidermis.
Apa fungsi skin barrier (epidermis)? Fungsi skin barrier adalah melindungi kulit kita daripada unsur-unsur yang keras yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kulit serta dia membantu menahan kelembapan kulit daripada menghilang. Ia juga membantu mengekalkan imuniti kulit dan mengawal radang-radang pada kulit. Tengok diagram kat bawah ni.

Lapisan paling penting kita nak kena jaga adalah lapisan paling atas dipanggil stratum corneum lapisan inilah yang menjadi jaringan pelindung kulit daripada anasir-anasir luar masuk ke dalam kulit atau kelembapan kulit meruap keluar.
Apa akan berlaku kalau skin barrier rosak?
Skin barrier rosak
Tengok pada gambar pertama adalah keadaan kulit ketika skin barrier kita rosak, kulit kita akan jadi kemerahan, rasa rengsa (sakit), naik jerawat, ruam, gatal-gatal, kulit mudah terbakar, kulit jadi kering, ketat dan sangat sensitif.
Apa penyebab skin barrier kita boleh rosak?
- Terlebih cuci muka
- Terlebih exfoliate kulit
- Guna sensitive ingredients
- Skin dehydrate
- Kerosakan oleh cahaya matahari
Macam mana nak protect skin barrier?
Sebelum cik cira explain cara nak protect dia, hampa kena tau dulu fakta ini. Skin barrier kita ni umpama dinding bata, sel kulit kita ni macam bata-ata yang perlu disusun jadi kita perlukan simen untuk lekatkan dia supaya ia jadi dinding yang kukuh sebagai benteng pertahanan kita. Tengok gambar kat bawah ni.

Corneocyte ni adalah bata tadi dan lipids ni adalah simen kita tadi. Skin barrier yang rosak selalunya ‘dinding pertahanan’ dia dah tak kuat simen jadi apa yang kita kena buat adalah kita kena letak balik ‘simen’ pada corneocyte kita. Jadi corneocyte pada kulit kita memerlukan lipids untuk kembali melindungi kulit kita semula.
Antara bahan yang kita perlukan untuk membina semula skin barrier kita adalah
- Ceramide
- Cholesterol
- Fatty Acid
Bahan-bahan ini bertindak membentuk lipids kepada kulit kita iaitu simen-simen yang akan menguatkan corneocyte iaitu batu-bata kita daripada mudah dipecahkan oleh external irritants.
