Hai hampaa dah lama cikciraa tak update blog ni. last 2015 time cikciraa create blog ni haha
So untuk post comeback kali ni cikciraa nak cerita sikit tentang apa yang cikciraa faham tentang
B E A U T Y !
Sekarang ni semua pakat dok viral tutorial makeup sana sini,
ramai yang nak tampil cantik dengan makeup .
Yess tak salah betul tu, tapi bagi cikciraa kecantikkan yang sebenar ialah bila mana kita tak makeup
kulit wajah kita nampak cantik tanpa cela dan bila kita makeup wajah kita nampak lagi seri.
lagi best bila lepas kita buang makeup wajah kita tetap nampak cantik berseri.
Macam kulit korea, mereka tak perlu tempek makeup tebal-tebal dah nampak berseri kulit.
Kenapa cikciraa terpanggil untuk menulis artikel ni ialah
kalau hampaa nak tau dulu cikciraa adalah salah seorang mangsa salah pakai produk mercury
peristiwa ni berlaku 4 tahun yang lepas sebab tengok roomate cikciraa pakai produk ni
dan kulit dia makin cerah licin dan putih dalam masa satu bulan.
cikciraa kulit gelap sikit time tu (sekarang dh cerah sikit hahah tapi still tak putih melepakk pon haha)
So bila tengok roomate pakai produk tu putih dengan cepat cikciraa pon p beli
tanpa check apa kandungan yang ada dalam produk tu dan main pakai ja
Lepas pakai dalam sebulan dua memang putihh bakk hangg
time tu rasa aku lawa gilaaaa lahhh hahahha siap start ada pakwe time tu hahaha (kesian lama single)
Jenis cikciraa tak mau bergantung sangat kat produk tu lepas tu cikciraa stop pakai.
sebulan lepas tu cikciraa p pantai Port Dickson balik dari pantai
Ya Allah hitam legam muka aku hahaha
cikciraa pon pelik awatnya lagi makin hitam balik ni,
dan hitam kusam lebih teruk daripada sebelum pakai produk tu
secara tak sengaja cikciraa terjumpa satu artikel dalam facebook tentang produk tu
dia bagi tau ciri-ciri produk yang mengandungi chemical mercury
Bermula saat tu cikciraa terus stop dan tak pakai apa-apa produk lagi.
seriously cikciraa cuma pakai pencuci muka sahaja dan muka cikciraa tetap hitam dan kusam.
Jadi cikciraa cuma pakai makeup untuk sembunyi kulit kusam tu,
sedihkan bila buang makeup kulit muka tetap macam tu .
Bermula pengalaman itulah cikciraa mula faham nekad nak miliki kulit yang sihat dan cantik
tanpa bergantung sepenuhnya kepada makeup.
cikciraa mula belajar dan cari ilmu tentang kecantikkan kulit dan sekarang
cikciraa masih lagi belajar dan terus mencari penyelesaian yang sesuai
untuk kulit kusam berminyak dan jerawat cikciraa.
Jadi blog ini cikciraa dedikasi khas kepada hampaa yang juga sedang mencari jalan penyelesaian
terbaik untuk miliki kulit sihat dan cantik tanpa makeup seperti cikciraa.
cikciraa akan berkongsi lebih banyak lagi info dan artikel berkenaan kulit
dan penjagaan yang betul macam kulit korea.
Hampaa nak tau bagi orang korea kecantikkan segera itu TIDAK WUJUD !
yang ada ialah kita konsisten dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga
dan mengamalkan rutin penjagaan wajah yang tepat mengikut jenis kulit wajah kita .
Jika kita amalkan rutin yang betul secara konsisten dalam masa tak sampai sebulan
kita boleh miliki kulit seperti orang korea, percaya?
hampaa mesti percaya sebab cikiraa dah buat dulu dan cikciraa p stop sebab masalah kewangan.
Jadi nak tau macam mana cikciraa recover balik kulit rosak cikciraa
dan dapat balik kulit yang lebih sihat dan licin . teruskan follow blog ni.
Sekian daripada cikciraa hampaa .