CARA BINA RUTIN skincare BARU SELEPAS BREAKOUT

Ini adalah guide untuk bantu hampa bina rutin skincare yang baru apabila hampa tukar nak pakai produk baru atau selepas kulit hampa breakout dengan produk lama dan start nak mulakan semula dengan produk baru, please follow this guide.

Pertama sekali cik cira akan cakap mulakan rutin baru dengan PERLAHAN (SLOW). sekali lagi perlahan-lahan ! jangan gelojoh nak tempek semua produk yang hampa baru beli tu kat muka kalau tak mahu pisang berbuah dua kali. Walaupun hampa tak suka perkataan PERLAHAN tu, hampa kena terima kenyataan itulah cara yang ramai orang capai clear skin dengan sifat sabar dan mulakan dengan PERLAHAN, disiplin dan ikut peraturan.

Baiklah jom kita start, pertama sekali kita akan mulakan secara perlahan dengan PATCH TEST . Secara peribadinya cik cira akan mulakan dengan cleanser, pakai selama beberapa hari sekurang-kurangnya seminggu untuk lihat apa yang bakal berlaku pada kulit kita secara semula jadi bila kita balancekan pH kulit kita. Ini adalah teknik yang terbaik untuk tengok sejauh mana ia improve skin kita.

Tahu tak hanya dengan memperbetul cleanser kita akan membantu skin kita react secara natural memperbaiki dirinya sendiri iaitu membiarkan acid mantel bekerja tanpa ganguan bahan kimia lain, ia sangat membantu memperbaiki keadaan kulit sebelum kita pergi kepada bahan yang lebih kasar untuk bunuh jerawat tak guna tu hahaha.

Jadi mulakan dengan cleanser selama seminggu dan lihat ada sebarang iritasi atau gangguan tak? jika ada hampa kena tukar kepada cleanser pH balance lain, ada banyak suggestion produk di pasaran. Dan jika kulit hampa memberi reaksi yang bagus barulah kita move ke step seterusnya iaitu moisturizer, pastikan buat patch test dulu sekurang-kurangnya seminggu barulah hampa pakai ke seluruh muka. Ingat jangan biarkan pisang berbuah dua kali.

Kunci kejayaan patch test adalah jika produk tu memberi reaksi yang bagus pada kulit contoh rasa kulit lebih better selesa dan tak naik apa-apa tiny bump atau gatal ke tu tandanya dia sesuai so boleh teruskan. Tapi jika ada reaksi kulit rasa panas, gatal, naik jerawat pasir (tiny bumps) dan merah-merah please stop dan tukar kepada produk lain (Ini diguna pakai pada jenis produk yang tidak mengandungi active ingredients refer artikel breakout dan purging).

Selepas dah dapati moisturizer kita tak buatkan kita breakout inilah masa yang sesuai untuk masukan dalam rutin hampa active ingredient atau ubat jerawat. Sekali lagi cik cira cakap MULAKAN DENGAN PERLAHAN ! tambah-tambah bila nak pakai active ingredient, dengar cakap ai mulakan dengan perlahan jangan gelojoh.

Active ingredient mana yang hampa pilih akan menentukan berapa kerap hampa boleh pakai setiap hari, contoh kalau pakai salacylid acid masa baru nak start pakai hanya boleh pakai 2-3 kali seminggu, benzoyl peroxide 1 kali sehari atau adapalene dua kali sehari. Maksimum pakai active ingredient hanya 2 kali sehari.

Cara hampa nak tau berapa kerap kulit hampa boleh pakai active ingredient tu adalah dengan buat testing pada kulit iaitu dengan pakai berapa kerap yang boleh dan tengok reaksi kulit kalau ada tanda kemerahan kekeringan melampau dan radang kembali kepada asas berapa kali kena pakai tadi. kalau asa tu pon buatkan kulit hampa rasa meradang lagi minimalkan kekerapan dan amount active ingredient tu. Jangan pakai kerap sangat dan jangan tempek terlalu banyak.

Ingat tau step testing active ingredient ni mesti dalam rutin yang kita telah bina tadi iaitu cleanse – active ingrident (ubat jerawat) – moisture. Moisturizer jangan lupa pulak pakai bila hampa buat test active ingredient ni. Kunci dia adalah sentiasa perhatikan feedback apa yang kulit kita bagi dalam rutin ni, kalau dia naik merah-merah dan tak selesa jangan teruskan. Kalau teruskan hampa cuma memburukkan lagi keadaan jerawat tersebut.

Proses rawat jerawat adalah larian merentas desa bukan larian pecut okey. Proses ni akan mengambil masa 1-2 bulan jika kulit hampa mudah tolerate dengan produk-produk tersebut, mungkin hampa akan kata wow cik cira lamanya nak tunggu 1-2 bulan. Okey fikir balik adakah lama nak tunggu 1-2 bulan berbanding bila hampa gagal sabar kejab dan hampa akan terus hidup dengan jerawat tu sepanjang hayat. Nak ke? dan hampa tiada keyakinan diri sepanjang hayat untuk capai apa yang hampa nak dalam hidup ni atau hampa akan kehilangan sesuatu yang besar bila keyakinan diri hampa jatuh. Adakah untuk sabar 1-2 bulan masih lagi perkara yang susah nak lakukan? Tidak susah bukan?

Larian KUL Marathon 2017 di KLIA. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Bagi peluang skin kita bekerja dan melakukan tugasnya dengan tenang, hampa akan dapati betapa mudahnya nak capai clear skin. Ingat mulakan dengan perlahan dan sentiasa perhati reaksi kulit. Mulakan dengan perlahan dan perhati reaksi kulit. Mulakan dengan perlahan dan perhati reaksi kulit. Mulakan dengan perlahan dan perhati reaksi kulit.

Secara ringkasnya;

  1. Mulakan dengan celanser selama seminggu dan nilai sejauh mana ia membantu.
  2. Masukkan moisturizer dengan cara patch test dulu sekurang-kurangnya seminggu sebelum pakai ke seluruh wajah.
  3. Selepas moisturizer sesuai dengan kulit barulah masukan active ingredient (ubat jerawat) jika ada tanda rengsa yang kuat pada kulit stop dan rehatkan kulit beberapa hari (1-3 hari sampai skin rasa okey) kemudian kembali pakai semula dengan kurangkan kekerapan pakai dan kuantiti yang dipakai.
  4. Konsisten rutin ni, cleanse – treat – moisture sekurang-kurangnya 6 minggu untuk tahu ia berkesan atau tak.

Tinggalkan komen di bawa kalau nak tanya dan tekan butang share kat bawah untuk bantu lebih ramai orang capai keyakinan diri semula.

28 replies on “CARA BINA RUTIN skincare BARU SELEPAS BREAKOUT

Leave a Reply

Your email address will not be published.