Hilangkan parut jerawat dengan berkesan (part 1)

Alhamdulillah sekarang kita dah berjaya clearkan acne pada kulit kita jadi sekarang tiba masanya kita rawat pula masalah parut peninggalan jerawat tersebut. Tapi sebelum tu kita kena kenal pasti dulu parut jerawat kita jenis yang mana dan barulah kita boleh tentukan cara rawatan yang betul tanpa membazir masa lagi.

Parut jerawat ada 2 kategori iaitu;

  1. Parut bewarna (pigmentation scar)
  2. Parut berlekuk (atrophic scar)

Dalam posting ini cik cira akan explain dulu tentang jenis-jenis parut yang meninggalkan warna pada kulit. Parut ini ada dua jenis iaitu;

  1. Post Inflammantory Erythma (PIE)
  2. Post Inflammantory Hyperpigmentation (PIH)

Post Inflammantory Hyperpigmentation (PIH)

PIH adalah parut pada kulit yang berwarna coklat atau hitam yang disebabkan oleh penghasilan melanin (warna kulit) yang berlebihan. Selalunya ia dipanggil bintik hitam, tahi lalat atau sunspot.

PIH berlaku adalah disebabkan oleh jerawat, penuaan, terdedah dengan cahaya matahari, kehamilan ataupun hormon pada badan kita.

Cara PIH terbentuk adalah apabila kulit terdedah dengan UV sel melanosit ini akan menerima isyarat untuk menghasilkan melanin bagi melindungi kulit. Lalu terbentuklah bintik-bintik hitam pada wajah. Sebab itu perlunya pakai sunscreen kerana sunscreen akan mengambil alih tugas melanosit bagi menjaga kulit daripada sinar UV.

Cara merawat PIH adalah dengan dua perkara;

  1. Menghalang kulit daripada terdedah dengan cahaya UV
  2. Mempercepatkan kadar penghasilan sel kulit baru (cell turn over, salin kulit)

Antara produk yang membekalkan ingredient untuk mempercepatkan penghasilan kulit baru adalah seperti berikut;

IngredientsKelebihanProduk
AHA (glycolic acid, lactic acid)Increase cell turnover, exfoliate permukaan kulit. Ideal untuk kulit keringCosrx toner, Lactic acid the ordinary
BHA (salicylid acid)Membersihkan pori, merawat hyperpigmentation dan exfoliate kulit.Cosrx BHA, Aiken toner, the ordinary AHA BHA peeling, SA the ordinary
NiacinamideAntioksidan, menghidrat kulit, meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan pigmentasi.Cerave moisturizer, the ordinary cream or serum
Vitamin CMencerahkan kulit, lebih gentle dan boleh merawat jerawat.The Ordinary ascrobic acid
RetinoidMeningkatkan penghasilan kulit baru dan kolagen, mengurangkan masalah hyperpingmentationTretanoin, differin, the ordinary retanoid acid

Post Inflammantory Erythma (PIE)

PIE adalah tanda berwarna merah atau ungu gelap yang tertinggal selepas kulit meradang. Lihat contoh gambar di bawah.

Selalunya parut ini berlaku selepas hilangnya jerawat. Secara sainsnya parut ini berlaku adalah kerana berlaku kerosakan atau pembengkakan pada kapilari darah kita ketika kulit meradang (time naik jerawat). Jadi warna kemerahan tersebut adalah salur darah kita yang telah bengkak. PIE jika kita biarkan tanpa dirawat ia boleh bertukar kepada PIH.

Cara merawat PIE

Untuk pengetahuan hampa PIE akan jadi lebih teruk bila skin barrier kita rosak yang mana acid mantel kita tergangu. Rawatan yang sesuai untuk parut PIE adalah dengan kita meningkatkan kadar hidrasi pada kulit atau kawasan yang bermasalah dengan cara itu ia memperbaiki skin barrier dan memudahkan PIE pudar dengan cepat.

Antara bahan yang berkesan merawat PIE adalah;

IngredientKelebihanProduk
NiacinamideMenghidrat kulit, kekalkan kelembapan kulit dan repair skin barrierCerave moisturizer, the ordinary niacinamide 10%
HA (Hyaluronic Acid)Menghidrat kulitHada labo hydrating toner
CeramidesRepair skin berrierCeradan

3 replies on “Hilangkan parut jerawat dengan berkesan (part 1)

Leave a Reply

Your email address will not be published.