Mengetahui ingredient dalam produk sangat penting dalam memastikan tujuan penjagaan kulit kita mencapai matlamatnya.
Kami yakin setiap daripada korang tahu membaca bahan yang terkandung di dalam produk makanankan? Dan korang juga arif bagaimana nak kenal pasti bahan apa yang kita boleh makan atau tak bukan? Macam tu juga pada kulit wajah kita. Jika korang masih lagi keliru apa bahan yang terkandung dalam produk penjagaan kulit wajah korang, don’t worry bukan korang seorang sahaja macam tu. Kami akan membantu berkongsi cara macam mana membaca bahan dalam produk penjagaan kulit dengan tepat.
Perkara pertama yang perlu kita ketahui adalah produk kecantikan dilabel serupa dengan produk makanan, kerana bahan yang terkandung di dalamnya disenarai mengikut turutan peratusan yang banyak sehingga paling sedikit (Rujukan Jim Hammer, Ahli Kimia Kosmetik)

Ia juga sedikit rumit untuk kita kenal pasti sebenarnya, jika produk penjagaan kulit yang korang gunakan sekarang ni banyak disebut dalam iklan yang mengatakan bahan itu mengandungi vitamin C, ia tidak semestinya vitamin C menjadi bahan utama yang terkandung di dalamnya. Kemungkinan vitamin C tersebut adalah sebahagian daripada bahan produk tersebut yang mempunyai peratusan yang rendah sahaja.
Cara mudah untuk korang ketahui adalah ia boleh lihat pada separuh daripada senarai pertama bahan yang terkandung dalam produk penjagaan kulit merupakan 90-95% menunjukan produk itu diperbuat daripada bahan tersebut selebihnnya adalah sebahagian sahaja yang terkandung di dalam produk tersebut.
Tetapi berbeza pula jika produk tersebut merupakan produk farmaseutikal (Pharmaceutical products) kerana bahan yang tersenarai di dalamnya disusun mengikut abjad, jadi agak sukar untuk kita ketahui bahan manakah yang mendominasi produk tersebut kecuali kita perlu merujuk kepada pakar.
Cara mudah untuk kenal pasti bahan di dalam produk penjagaan kulit wajah kita

Perkataan permulaan beberapa bahan mungkin berubah bergantung kepada formulasi khusus setiap produk, tetapi pengakhirannya tetap sama. Contoh silikon, ia boleh datang dalam pelbagai istilah, tetapi kebanyakannya mengandungi perkataan sebenar di belakangnya contoh suffix-silicone atau -conol, jadi jika korang mencari bahan yang berkenaan perhatikan nama penuh bahannya.
Konklusinya, cara untuk membaca bahan dalam produk penjagaan kulit wajah kita adalah dengan kita sendiri perlu mengetahui apakah kesan yang kita mahukan pada kulit wajah kita dengan memastikan bahan tersebut terkandung di dalam produk tersebut.