Double cleansing dan cara melakukannya dengan betul

Double cleansing adalah kunci untuk mendapatkan kulit yang bersih dan makeup yang cantik !

Apa itu double cleansing?

Double cleansing adalah satu method berkenaan dengan membersihkan kulit wajah kita dua kali menggunakan dua jenis cleanser yag berbeza dalam satu masa. Method ini sangat popular di Korea dan ramai yang telah mengakui keberkesanan method ini dalam membersihkan kulit wajah dengan lebih effektif.

Dua cleanser yang terlibat dalam double cleansing adalah;

Pertama – Oil cleanser

Oil cleanser membantu menanggalkan kotoran berasaskan minyak iaitu sebum, makeup dan sunscreen yang boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan jerawat jika tak ditanggalkan dengan baik.

Kedua – Water base cleanser

Water base cleanser pula membantu menanggalkan kotoran berasaskan air seperti peluh, debu, habuk dan sebarang pencemaran yang melekat pada kulit kita setiap hari.

Kenapa kita kena buat double cleansing? adakah cuci sekali sahaja tidak cukup?

Ya, membersihkan wajah dengan satu cleanser sahaja tidak mencukupi untuk menanggalkan kotoran segala pada kulit wajah kita. Yang mana kita tahu kotoran pada kulit wajah kita merupakan gabungan antara kotoran berasaskan minyak dan air. Jadi double cleansing adalah gandingan yang sangat berkesan menanggalkan kedua-duanya.

Siapa yang kena buat double cleanse?

  1. Orang yang pakai makeup.
  2. Orang yang pakai sunscreen.
  3. Orang yang mempunyai kulit yang sangat berminyak.
  4. Orang yang ada kulit.

Kenapa cik cira cakap orang yang ada kulit haha. Bagi cik cira jika hampa adalah orang yang selain 3 di atas tu juga perlu buat double cleanse kerana setiap hari kulit kita menghasilkan sebum iaitu minyak pada kulit, jadi kotoran berasaskan minya tetap ada pada kulit wajah kita setiap hari tanpa kita pakai makeup atau suncreen.

Bila perlu buat double cleanse?

Mengikut method Korean skincare double cleansing dibuat dua kali sehari iaitu;

  1. Pagi

Ketika kita tidur kulit akan terus menghasilkan sebum dan peluh sepanjang malam dan kotoran itu perlu dibersihkan selepas kita bangun tidur.

2. Malam

Setelah sepanjang hari kita memakai makeup dan sunscreen juga kita terdedah dengan pencemaran serta berbagai kotoran pada persekitaran, tibanya waktu malam sebelum tidur kita perlu membersihkan wajah dengan betul.

Cara buat double cleansing dengan betul

  1. Jika hampa pakai makeup, remove makeup dulu dengan wet tisu atau remover.

Tips remove makeup waterproof pada bahagian mata dan bibir – letak remover pada bahagian mata atau bibir (jika gunakan cotton pad lagi bagus, pastikan tutup mata) biarkan dalam 10-15 saat untuk beri ruang kepada remover menyerap dan menguraikan makeup tadi. Selepas tu, barulah remove makeup tersebut sepenuhnya.

2. Ambil oil cleansing dan sapu pada kulit wajah, pastikan kulit hampa time ni tak basah ya dan jangan letak air, terus buat circle motion macam hampa cuci muka tu. Buat dalam 60 saat.

3. Lepas tu, ambil sikit air percik kat muka dan hampa akan tengok oil cleansing hampa bertukar putih susu. Time ni buat circle motion sekali lagi dalam 60 saat. Proses ini dipanggil emulsi iaitu proses kita nak pecahkan kotoran minyak tadi.

4. Kemudian bilas dengan air bersih.

5. Next, ambil water cleanser hampa atau cleanser yang hampa selalu pakai.

6. Cuci macam biasa buat circle motion dalam 60 saat.

7. Sebelum dibilas dengan air biarkan sekejab supaya buih-buih tadi meresap masuk ke dalam liang pori dan membersihkan kulit dari dalam. Tunggu dalam 60 saat juga.

8. Last sekali bilas dengan air bersih dan lap muka dengan face towel yang bersih. Done !

Jika hampa rasa double cleansing ni membebankan nak cuci sampai dau kali, hampa fikir balik setiap hari setiap pagi kita boleh letak macam-macam makeup primer, foundation, eyeliner, eyeshadow, countour dan sebagainya dan mengambil masa takkan kita nak bersihkan kulit daripada kotoran yang telah kita pakai sepanjang hari dengan dua langkah sahaja kita tak boleh buat. Semestinya boleh ! Trust me dua langkah ini cuma ambil masa tak sampai 10 minit. Ingatlah hanya dengan dua langkah ini kita telah menjaga dan menyelamatkan kulit kit daripda sebarang masalah.

Kongsi dengan kawan hampa info ni. Klik ikon share di bawah.

7 replies on “Double cleansing dan cara melakukannya dengan betul

Leave a Reply

Your email address will not be published.