Cara Penjagaan Kulit Berminyak

Kami percaya kamu yang sedang membaca artikel ini merupakan seorang yang kulit bermiyak bukan? atau kombinasi? untuk artikel kali ini cikciraa akan cerita serba sediki tentang cara penjagaan yang betul bagi kulit berminyak dan cara macam mana kita nak rawat supaya minyak yang terhasil daripada kulit kita terkawal.

Kulit berminyak dimiliki oleh kebanyakan orang kerana itulah kebanyakan produk dipasaran dicipta khusus untuk kulit seperti ini dan percaya atau tidak kulit berminyak merupakan kulit orang kaya, kerana ia kaya dengan telaga minyak ( hehe gurau je gurau ).  Okey sebelum kita pergi lebih lanjut mari kita bincangkan dahulu apakah keutamaan kulit berminyak?
Keutamaan kulit berminyak adalah memastikan pengeluaran minyak seimbang pada kulit dengan memilih pencuci muka yang tepat bagi mengawal dan membersihkan minyak berlebihan pada kulit wajah. Kulit berminyak selalu berhadapan dengan masalah break out jadi membersih muka dengan betul dan bersih membantu mencegah break out pada kulit wajah.
Ini adalah langka-langkah penjagaan kulit berminyak;
1. Gunakan pembersih wajah jenis berbuih (foam atau gel) yang bebas minyak
2. Elakkan memicit jerawat untuk mempercepatkan pemulihan jerawat tersebut
3. Toner amat penting untuk membersih sisa kotoran yang tidak tertanggal dengan mencuci muka
4. Toner menghapuskan minyak yang berlebihan pada kulit wajah
5. Lakukan exfoliate sekurang-kurangnya dua ke tiga kali semiggu untuk menyingkirkan sel kulit mati
Jadi selepas ini anda sudah tahu apakah produk yang utama yang perlu anda miliki untuk menjaga kulit berminyak, selamat mencuba !

Leave a Reply

Your email address will not be published.