Kenapa jaga ph kulit adalah perkara yang teramat penting

Ramai yang pernah dengar tentang pH ketika belajar sains di sekolah dulu bukan? tetapi adakah hampa tahu pH merupakan satu perkara yang sangat gila penting dalam skincare. Jika kita mengabaikannya akan berlaku kesan buruk terhadap kulit yang akan buatkan kita menderita seumur hidup kerananya, jadi jangan pandang remeh berkenaan keseimbangan pH kulit.

Apa perkara yang hampa perlu tahu berkenaan pH adalah;

  1. Apa itu pH kulit
  2. Kenapa pH penting pada kulit
  3. Bagaimana pH mempengaruhi kulit?
  4. pH umum setiap produk skincare
  5. Cara pulihkan pH kulit

Apa itu pH kulit?

pH adalah singkatan kepada potential of hydrogen iaitu potensi hydrogen. Ia adalah satu sistem yang diguna pakai bagi menyukat dan membandingkan paras kekuatan asid, ukuran ini berkaitan dengan molekul hidrogen yang dibawa oleh sesuatu larutan. Contoh larutan berasaskan air, hidrogen membentuk 2/3 air yang mana air membawa 2 molekul hidrogen dan 1 molekul oksigen, H²o. Pernah dengarkan tentang molekul ni time belajar sains kat sekolah dulu?

pH mempunyai skala 1 hingga 14 yang menunjukkan tahap keasidan, neutral dan kealkalian. Lihat gambar di bawah.

pH natural adalah 7, jika pH produk yang kita pakai terlalu tinggi kulit akan menjadi kering dan mengelupas jika pH produk yang kita pakai terlalu rendah kulit akan mudah tumbuh jerawat. Jadi pH yang sesuai untuk kulit adalah bukan pH 7 iaitu natural tetapi pH kulit kita adalah sedikit berasid selalunya antara pH 4-6 jadi ia mudah serasi dengan produk yang mempunyai pH adalan angka itu.

Mungkin hampa akan terkejut bahawa pH kulit lelaki cenderung lebih berasid berbanding kulit wanita dan semakin meningkat umur kita semakin meningkat pH kulit kita tetapi ia tetap berasid, buktinya kalau kita lihat mak-mak kita mereka dah kurang ada masalah kulit berminyak dan mereka cenderung mendapat kulit yang sedikit kering.

Kenapa pH penting pada kulit?

Apabila kulit mempunyai pH yang seimbang, keadaan ini akan merangsang kulit kita untuk menghasilkan bahan-bahan penting seperti sebum, ceramides, kolestrol, protien dan lain-lain yang bertanggungjawab membentuk lapisan pelindung kulit dipanggil skin barrier ia terbentuk daripada gabungan bahan tadi yang dipanggil acid mantel. Apabila lapisan ini terdapat pada kulit kita kulit akan kelihatan lebih licin, lembut lembab dan sihat.

Fungsi lapisan acid mantel ini adalah menjadi pelindung (barrier) pada kulit daripada ancaman bakteria, kuman, pencemaran, cuaca dan sebagainya.

Bagaimana pH mempengaruhi kulit?

Apabila pH kulit kita terganggu akan mudahlah ganguan luar masuk ke dalam kulit dan merosakkan lapisan kulit. Jika kulit kita menajdi terlalu berasid kulit akan mudah ditumbuhi jerawat, kulit meradang dan gatal. Jika terlebih kepada alkali kulit akan mudah kering, mengelupas dan kusam.

Jadi apa perlu kita lakukan adalah memastikan kulit sentiasa berada dalam keadaan pH yang sihat iaitu pH5.5, ia akan menjadikan kulit kita lebih licin bebas jerawat lembap dan lembut.

pH umum setiap produk skincare

  • Cleansers: pH 4.5–7
  • Toners: pH 5–7
  • Sunscreen: pH 5–7.5
  • AHA and BHA Exfoliants: pH 3.2–3.9
  • Moisturizers: pH 5–7
  • Serums: pH 4–6
  • Vitamin C (ascorbic acid): pH 2.6–3.2
  • Retinol products: pH 3.7–5

Adakah pH produk yang berasid akan mempengaruhi skincare lain yang dipakai bersama?

Disebabkan produk yang pH rendah (berasid) juga dipakai untuk fungsi tertentu, penting agar kita tak campurkanya sekaligus sebab pH yang lebih berasid akan mempengaruhi pH produk yang lain. Contohnya BHA yang kta pakai pH 3.2 akan menganggu pH moisturizer kita iaitu pH 5. Jadi apa nak kena buat adalah jika kita pakai produk yang pH berasid perlu tunggu 20-30 minit baru dipakai produk seterusnya. Jika produk yang kita pakai pH dia seimbang dengan kulit iaitu 4-6 tidak perlu tunggu kita boleh terus move ke produk seterunya. Faham?

Bagaimana cara pulihkan pH kulit?

Cara pertama yang hampa boleh buat adalah bertukar kepada cleanser low pH, elakan pakai produk yang pH berasid buat sementara waktu untuk memulihkan pH kulit selama 2 minggu dan lapisi produk-produk skincare kita mengikut cara yang betul jika produk kita pakai sedikit berasid perlu ditunggu 20-30 minit sebelum apply produk lain.

  1. Bertukar kepada cleanser low pH
  2. Elakan produk berasid seperti cehmical exfoliation buat sementara
  3. Lapisi produk berasid dengan cara yang betul iaitu menunggu 20-30 minit dahulu

Jadi hampa dah faham? Kalau ada kawan-kawan hampa bagi tips pakai baking soda atau masker perahan limau tolong share kat depa posting ni.

Apakah produk yang mempunyai pH seimbang?

Oily skin – Simple facial wash gel – RM20.90 (watson)
Cethapil oily skin cleanser – RM64.60 (drugstore)
Sensitive skin – Hada Labo Mild & Sensitive Skin Face Wash – RM24.90 (watson)
Dry skin – Simple Moisturizing Facial Wash – RM22.90 (watson)
Oily skin – Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser – RM39.00 (Hermo)
Oily skin – Neutrogena Pure Mild Facial Cleanser – RM19.90 (watson_

2 replies on “Kenapa jaga ph kulit adalah perkara yang teramat penting

Leave a Reply

Your email address will not be published.