Liang pori besar adalah perkara yang sangat buat kita rasa stress kan? Rasa kulit tak smooth tak licin tak cool lah penampilan ai :joy: huhu tahu tak liang pori besar ni banyak sebab dan ada cara nak pulihkan ia balik. Jom cik cira explain
4 penyebab utama liang pori besar
1. Genetik atau keturunan
Liang pori kita besar kerana kita telah mewarisi genetik daripada ibu bapa kita atau datuk nenek kita. Jika mereka mempunyai kulit yang agak kasar kerana ling pori mereka besar kemungkinan kita mewarisinya dan akan mewarisi kepada anak kita pula.
2. Over produce sebum
Apabila kulit menghasilkan sebum atau minyak yang berlebihan liang pori kita akan dipenuhi dengan minyak dan menyebabkan pori tersumbat lalu liang pori kita mengembang dan kelihatan besar
3. Penggunaan makeup dan sunscreen
Setiap hari kita memakai makeup dan sunscreen kita mesti bersihkan kulit dengan sebenar-benar bersih supaya tiada kotoran yang menyumbang liang pori dan menyebakan liang pori ketara kelihatan.
4. Keanjalan kulit berkurang
Selalunya orang yang memasuki umur 40an keatas akan mengalami masalah ini kerana kulit ketika itu sudah mula menurun menghasilkan kolagen. Tetapi tak juga pada kita yang berumur masih 20an jika kita selalu skip penggunaan sunscreen. Proses penuaan kulit boleh berlaku dengan cepat.
Bagaimana cara atasi masalah pori besar?
1. Double cleansing
Teknik cucian muka dua kali (double cleansing) ini sangat berkesan membersihkan kotoran minyak dan air setiap hari selepas seharian kita memakai makeup dan sunscreen.

2. Clay mask
Clay mask adalah produk yang sesuai untuk kita gunakan bagi membersihkan liang pori kita daripada kotoran minyak dan sebagainya. Penggunaan clay mask selepas double cleansing dapat memantapkan lagi penjagaan kulit kita bagi membebaskan liang pori daripada kotoran. Clay mask boleh digunakan 2 kali seminggu.

3. Salacylid acid
Salah satu ingrediants yang sangat berkesan membersihkan liang pori adalah salacylid acid. Bahan ini akan menyerap masuk ke dalam liang pori dan memecahkan kotoran degil dan membebaskan liang pori daripada kotoran.

4. Niacinamide
Antara bahan yang terbaik untuk contorl over produce sebum adalah niacinamide hampa boleh gunakan bahan ni dalam bentuk moisturizer setiap hari.

Jadi nak start mana dulu? kalau cik cira akan start dengan double cleansing dulu lepas tu baru add on produk lain satu persatu. Double cleansing lepas tu niacinamide clay mask dan salacylid acid.
Share.