Kenapa tak boleh sentuh muka dengan jari yang tak bersih?

Jari kita adalah satu anggota yang banyak memainkan peranan dalam rutin harian kita, jadi tangan kita banyak menyentuh benda-benda di sekeliling kita yang juga banyak kali memindahkan microb (bakteria kuman atau virus) dari suatu objek ke suatu objek termasuklah menyetuh kulit muka kita.

Kenapa menyentuh kulit muka kita dalam keadaan tangan yang tidak bersih dilarang dalam rutin penjagaan kulit? menyentuh kulit muka dalam keadaan tangan yang tidak dibersihkan dahulu akan menyebabkan jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan jerawat naik.

Menurut American Academy of Dermatologi, tindakan kita menyentuh muka sepanjang hari akan memindahkan kotoran, minyak dan bakteria dari tangan ke wajah yang mana akan menggalakkan liang pori kita tersumbat dan jadi breakout terutamanya jika hampa jenis kulit berminyak. Dan kita boleh sentuh muka kita ketika kita buat routin skin care sahaja atau jika tangan kita sudah dibersihkan dengan sabun.

Jom kita tengok dari segi sains apa bakteria yang terdapat pada jari kita yang tidak dibersihkan jika kita terus menyentuh kulit wajah kita sepanjang hari.

Ini adalah eksperiment bio yang dibuat oleh student Afrika Selatan, mereka meletakkan jari mereka tanpa dibersihkan ke dalam agar plate untuk melihat bakteria apa yang akan membiak selepas seminggu dan ramai yang terkejut melihat hasilnya. Begitulah bakteria yang terdapat pada kulit wajah kita bila kita kerap menyentuh kulit wajah sepanjang hari.

Apa akan berlaku jika kita membersihkan tangan kita dahulu sebelum menyentuh wajah? Jom lihat hasil eksperiment ini perbezaan antara membersihkan tangan dengan air sahaja dan sabun.



Jadi sebelum menyentuh kulit wajah hampa mestilah bersihkan tangan dengan sabun dahulu untuk elakkan jangkitan kuman dan bakteria yang boleh sebabkan jerawat. Share info ini kepada kawan hampa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.