Keutamaan kulit berbeza mengikut jenis kulit

Kenapa ada sesetengah orang bila pakai skincare mudah sahaja nampak kesan dan kulit mereka semakin sihat dan cantik? inilah rahsia mereka iaitu mereka tahu apa keutamaan dan keperluan kulit mereka jadi mereka menjaga dan menggunakan produk yang bersesuaian sahaja.

 

Mari kita belajar apakah keutamaan dan keperluan setiap jenis kulit yang kita ada;

1. Kulit normal; Keperluannya ialah mengekalkan keadaan kulit itu sebegitu dengan mengutamakan pakai produk yang membantu mengekalkan kelembapan kulit.

2. Kulit berminyak; Keperluannya ialah memastikan minyak berlebihan yang terhasil dicuci dengan bersih dengan mengutamakan memilih produk pencuci wajah yang berkesan dan sesuai dengan kulit berminyak.

3. Kulit kering; Keperluannya ialah memberikan kelembapan yang cukup kepada kulit dengan mengutamakan pemilihan pelembab yang sesuai mengikut jenis kulit.

4. Kulit sensitif; Keperluan dan keutamaannya ialah menggunakan produk yang mempunyai bahan yang sesuai dan tak memberikan kesan iritasi kepada kulit mengikut jenis kulit kering dan berminyak.

5. Kulit kombinasi; Keperluan dan keutamaan berdasarkan jenis kulit kering dan bermiyak mengikut kawasan.

 

Jadi setiap kali kita memilih menggunakan sebarang produk mestilah kita fikir dahulu dan sentiasa mengutamakan produk yang membantu mencapai keutamaan kulit wajah.

One reply on “Keutamaan kulit berbeza mengikut jenis kulit

Leave a Reply

Your email address will not be published.