April 19, 2019May 23, 2019 Macam mana menggunakan produk penjagaan kulit dengan cara yang betul Keliru macam mana cara yang betul pakai produk penjagaan kulit? Banyak orang cerita buat macam tu macam ni sampai tak pasti yang mana satu betul bukan. Jadi kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana menggunakan empat produk asas dalam proses penjagaan kulit. Oil cleansing Oil cleansing berfungsi dalam dua keadaan: sebagai minyak, dan sebagai gabungan emulsi antara air dan minyak. Untuk memastikan kita mendapat kedua-dua langkah ini, dan buatkan ianya bertindak dengan baik pada kulit, pergerakan tangan yang betul memberikan kesan yang berbeza. Mulai dengan meratakan oil cleansing pada seluruh permukaan kulit minyak termasuk di celah-celah kulit. Penting untuk pastikan kawasan mata dibersihkan secara menyeluruh dengan oil cleansing kerana ia lebih lembut daripada water base cleasnser dan kebanyakan pembersih berasaskan air tidak selamat digunakan di mata. Jangan tinggalkan kawasan leher pastikan oil cleansing disapu juga di bahagian leher menggunakan gerakan menaik ke atas untuk mengelakkan penarikan pada kulit leher dan menyumbang kepada kedutan. Setelah disapu rata oil cleansing pada kulit mulai mencuci kulit dengan perlahan-lahan dengan melakukan gerakan bulat selembutnya pada kulit. Selepas urut perlahan-lahan pada seluruh kulit wajah, basahkan tangan dengan air dan mula mengurut semula kulit wajah. Air daripada tangan kita akan bergabung dengan minyak untuk mengemulsi pembersih tadi iaitu ketika kotoran benar-benar mula pecah. Kemudian teruskan mengurut dalam pergerakan membulat serta buat reverse pergerakan membulat tadi pada seluruh wajah dan leher, kemudian bilas dengan air bersih. Toner Setelah wajah dibersihkan dua kali (double cleansing) kita beralih pula kepada pemakaian toner. Gunakan toner menggunakan pad kapas, pad kapas membantu toner benar-benar menyapu sebarang kotoran atau solekan yang bersisa pada kulit wajah. Leretkan toner merentas muka dalam gerakan mendatar. Pastikan menggunakan pergerakan daripada tengah wajah dileretkan keluar kawasan wajah bagi membantu mengelakkan kedutan. Untuk kawasan mata elakkan tekanan terlalu kuat dan jangan buat pergerakan menarik pada kulit mata, perbuatan itu akan menyumbang kepada pembetukan kedutan. Setelah selesai meleret toner pada wajah tepuk perlahan-lahan pada kulit wajah untuk meningkatkan proses penyerapan. Essence Seterusnya adalah essence. Semua orang mesti akan suka pada kelebihan essence ia seakan berfungsi seperti serum pada wajah. Mulakan dengan menuang essence pada tapak tangan dan gunakan tangan sahaja untuk diratakan pada kulit wajah. Sesetengah orang suka menggunakan pad kapas, Cuma pastikan kita menggunakan pad kapas yang betul agar essence tidak membazir. Tetapi sebenarnya jika menggunakan tangan membantu peneyrapan essence lebih baik kerana apabila kita menyapu essnce pada kulit menggunakan tangan kehangatan tangan kita akan membantu kulit menyerap essence lebih baik serta memastikan penggunakan essence yang optimum tanpa membazir. Pelembab Akhir sekali adalah pelembab. Perkara paling utama menggunakan pelembab adalah kita perlu memastikan kita menyapu seluruh pelembab menggunakan pergerakan menarik untuk mengelakkan keriput. Caranya adalah buat gerakan bermula dari hidung dan tangannya ke atas ke luar mata. Teruskan pergerakan ini sepanjang pipi pula. Di bahagian atas waja mulai dengan bahagian kening ke atas dan keluar sehingga dahi. Setelah seluruh pelembab dioles pada kulit wajah, perlahan-lahan tekan dengan hujung jari untuk meningkatkan penyerapan. Gerakan ini melatih kulit kita tetap anjal dan mengurangkan peluang kedutan serta menjadikan pelembab yang kita pakai lebih efektif. Penjagaan kulit wajah adalah perkara peribadi setiap orang serta tidak hairanlah jika kaedah penggunaan produk juga berbeza. Tetapi empat langkah yang dikongsikan disini adalah teknik yang beran-benar berkesan untuk memastikan produk yang kita pakai berkesan dan menjaga dan memelihara keadaan kulit wajah kita daripada sebarang masalah dan kedutan. Jadi teknik ini membantu memastikan penyerapan yang optimum terhada kulit daripada produk yang dipakai. Post Views: 119 Skincare
Pemilihan pelembap yang baik adalah daripada bahan-bahan semula jadi seperti teh hijau dan daun lidah buaya atau Aloe Vera. Pelembap muka tanpa haruman juga adalah lebih baik kerana ia menunjukkan kandungan kimia yang rendah atau langsung tidak mempunyai bahan kimia di dalamnya. Pemilihan pelembab wajah yang baik juga harus disesuaikan dengan jenis kulit wajah. Untuk kulit normal dan kering, sebaiknya gunakan pelembab berbentuk krim atau lotion. Tetapi untuk kulit berminyak, sebaiknya gunakan pelembab berbentuk gel atau lotion. Juga gunakan pelembab wajah yang bebas minyak (oil free) dan non-comedogenic. Maksud non-comedogenic adalah bahan–bahan yang terkandung dalam kosmetik tersebut tidak membuatkan pori-pori kulit wajah anda tersumbat. Penggunaan pelembab pada kulit berminyak perlu dipertimbangkan sekiranya anda sering berada dalam lingkungan berhawa dingin. Reply