Penting Atau Tidak Lindungi Kulit Daripada UV

Setiap hari kulit kita akan terdedah dengan sinaran matahari yang mengandungi uv tanpa apa-apa perlindungan, betulkan? sinar uv sangat berbahaya kepada kulit dan boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit kerana itu amat penting untuk kita menjaga dan melindungi kulit daripada terdedah terus dengan sinaran uv .

Sinar matahari mengandungi uv yang sangat merbahaya kepada kulit jika terdedah jangka panjang. Kesan buruk daripada uv ialah boleh menyebabkan penuaan pra matang, sunburn dan kulit kering dan mengelupas. UVA ialah ultraviolet aging yang mana ia mampu menembusi sehingga lapisan dalam kulit dan menyebabkan kulit kelihatan berkedut di awal usia dalam jangka masa panjang. Manakala UVB pula ialah ultraviolet burning yang boleh menyebabkan kulit terbakar kering dan mengelupas dalam jangka pendek.

Kedua-dua sinar uv ini mesti dielakan dengan memakai pelindung suria seperti sunscreen atau sunblock ketika keluar dari rumah. Kadar uv paling tinggi adalah bermula sekitar jam 10 pagi sehingga 3 petang tak kira jika cuaca mendung atau hujan kita mesti pakai pelindung suria.

Cadangan sunblock adalah SPF30 ke atas untuk keadaan cuaca di Malaysia, anda boleh memilih jenis sunblok berdasarkan jenis kulit masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published.