Sebab Apa Kita Tidak Digalakkan Simpan Skin Care Dalam Bilik Mandi

Image result for mirror bathroom hotel

Pernah tak hampa terfikir kenapa skincare tak digalakkan disimpan dalam bilik mandi? sepatutnya disimpan di tempat yang dingin dan gelap? teruskan baca tulisan ini.

Umumnya kita tahu skincare merupakan produk penjagaan wajah yang berfungsi merawat dan mencantikan tekstur kulit wajah . Bahan yang terkandung dalam skincare ini merupakan bahan aktif yang boleh bertindak balas terhadap cahaya dan haba.
Bilik mandi merupakan tempat kita membersihkan diri, suhu panas daripada air dan kawasan bilik mandi boleh menjejaskan kualiti skincare kita. Ada sesetengah skincare yang berindak balas dengan persekitaran contohnya essence dan serum jika terdedah dengan suhu panas atau cahaya matahari boleh merosakkan nutrisi yang terkandung di dalamnya.
Related image
Selain itu, bilik mandi juga dipenuhi dengan bakteria pancuran air panas dari bilik mandi akan buatkan ia lebih teruk dan memudahkan bakteria membiak dan berkembang dengan keadaan persekitaran gelap dan panas. jadi kurang sesuai jika kita menyimpan sebahagian skincare kita di bilik mandi.
Haba juga boleh merosakkan rupa bau rasa dan keberkesanan skincare kita. Suhu panas dan cahaya matahari boleh menyebabkan bahan-bahan tertentu memecah, mengoksidakan, atau mencairkan. Sebab mengapa penjagaan kulit perlu diproses penuh dengan pengawet adalah untuk memastikan jangka hayat lebih lama daripada seminggu.
Kalau hampa nak tau untuk pastikan skincare ni tahan lebih lama sepatutnya kita simpan di dalam peti sejuk, ia bukan sahaja buatkan skincare tahan lama tetapi buatkan ia berkesan setiap kali kita pakai skincare tu dan jika hampa beli skincare kat kedai dan hampa nampak ia disimpan di dalam peti sejuk, sememangnya produk itu masih baik kualitinya.

Untuk skincare jenis mask, toner atau produk berasaskan air semata-mata tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk ia tetap bertahan tapi kalau hampa nak terbaik untuk skincare hampa tak salah simpan ia dalam peti sejuk juga.

Related image

lepas ni pakat-pakat simpan dalam peti sejuk skincare hampa haha..tapi ingat kalau nak simpan dalam peti sejuk pastikan jauh daripada makanan takut ia serap bau makanan. Selalunya cadangan terbaik ialah kita boleh juga simpan skincare ni dalam almari di kawasan bawah singki di bilik mandi kerana kawasan tu terhindar daripada haba.
Akhir sekali, cikciraa tak galakkan hampa p beli peti sejuk untuk skincare tapi kalau boleh buat itu terbaik lah tak boleh buat tiada masalah cuma pastikan skincare hampa disimpan di tempat yang sesuai dan jauh daripada haba dan cahaya matahari secara terus.

2 replies on “Sebab Apa Kita Tidak Digalakkan Simpan Skin Care Dalam Bilik Mandi

Leave a Reply

Your email address will not be published.