Macam mana korang nak tahu yang korang terlebih mencuci muka sebenarnya? Jom check tanda-tanda ini pada kulit wajah korang, ada ke tak.
Mencuci muka adalah langkah paling penting dalam proses penjagaan kulit, tapi seberapa ramai yang benar-benar faham akan perkara ini. Kebanyakkan orang yang kami temui, ramai yang tidak tahu cara sebenar untuk mencuci muka dengan baik dan sempurna.
Kami yakin ramai yang masih keliru dan celaru cara mencuci muka dengan betul disebabkan banyak versi yang menceritakan cara mencuci muka dengan pelbagai teknik. Mari kami kongsikan tanda-tanda korang mencuci muka secara berlebihan.

- Kulit terasa ketat (starching)
Antara salah faham dalam teknik mencuci muka adalah dengan korang berfikir kulit yang bersih itu adalah kulit akan terasa kesat dan licin selepas mencuci muka, itu adalah salah sama sekali ! kesat dan licin ini tidak semestinya ia benar-benar bersih, sebenarnya kulit yang terasa kesat dan licin selepas mencuci muka adalah tanda anda mencuci secara berlebihan kerana kulit yang kesat merupakan tanda segala minyak semulajadi yang diperlukan kulit dihilangkan selepas korang mencuci muka. Kulit yang benar-benar bersih selepas mencuci muka tidak semestinya akan terasa kering dan kesat. Kulit yang bersih akan terasa segar dan lembut selepas korang mencuci muka.
Double cleansing adalah teknik yang tepat untuk korang dapatkan kulit yang bersih dan lembut. Double cleansing sebenarnya menghidrat dan menyeimbangkan keadaan kulit, mencuci kulit daripada sebarang kotoran, minyak berlebihan dan make up serta tetap mengekalkan kedaan kulit yang bersih dan segar.
2. Kulit mula naik ruam
Apabila korang mencuci muka secara berlebihan kulit akan kehilangan minyak semulajadi yang membantu melindungi dan memelihara permukaan kulit. Minyak semulajadi ini dipanggil sebum ia bertindak sebagai pelindung kulit, jika pelindung kulit ini dirosakkan ia boleh menyebabkan ruam dan tindak balas alahan apabila terdapat bendasing, bakteria ataupun kuman yang terkena pada kulit.
Jika korang pakai sunblock ketika ini kulit akan mudah bertindak balas dengan bahan kimia yang terkandung dalam sunblock. Ketika ini kulit mudah menjadi ruam gatal dan sensitif. Jika keadaan ini berlarutan ia boleh membawa kepada kesan baru seperti eczema, jerawat dan sebagainya.
Apakah cara terbaik untuk perbaiki keadaan kulit sebegini? Gantikan perkara yang hilang daripada kulit iaitu kelembapan (sebum). Kami mencadangkan korang menggunakan produk yang mengandungi ceramida dan asid hyaluronic dan niacinamide bahan ini membantu penghasilan semula lapid pada kulit.
3. Kulit korang mula naik jerawat
Jika kita membersih kulit secara keterlaluan, kulit akan menghantar isyarat yang kulit anda kekurangan kelembapan (sebum) lalu kulit menghasilkan lagi banyak sebum bagi menggantikan sebum yang hilang. Jikan kulit kita mengeluarkan sebum minyak yang berebihan liang pori akan mudah tersumbat alu menimbulkan jerawat pada kulit. Jika tiba-tiba kulit kita naik jerawat terlalu banyak dan kita tak pasti apa penyebabnya mungkin korang telah mencuci kulit secara berlebihan.
Jadi berapa kali korang kena bersihkan kulit wajah?
Kami mengesyorkan dua kali sehari, sekali diwaktu pagi sekali diwaktu malam. Atau selepas kulit anda terlalu berpeluh ini kerana peluh boleh menyebabkan rengsa pada kulit jadi sangat penting untuk mencuci kulit secepat mungkin selepas anda terlalu berpeluh.
Selain itu, adalah penting untuk korang memilih pembersih wajah yang sesuai dengan jenis kulit. Pastikan anda mencuci wajah dengan lembut dan tidak menggosok atau menekan kulit, gunakan tiga jari belakang dan membuat gerakan keliling pada kulit wajah sekurang-kurangnya 30 saat.
One reply on “Tanda-tanda korang terlebih mencuci muka“