Perbezaan antara blackhead dan whitehead


Semua orang obses nak hilangkan blackhead, tetapi macam mana dengan whitehead yang merimaskan? Jom kita teliti apa yang ada, bagaimana ia berlaku, dan cara terbaik untuk merawatnya.

Apakah perbezaan antara whitehead dan blackhead? Blackheads ialah liang pori yang tersumbat biasanya ia disebabkan oleh sebum yang terperangkap dalam liang pori kita. Pori-pori bertukar hitam kerana liang pori yang terbuka tersebut terdedah kepada oksigen dan oksigen mengubah kotoran minyak tersebut kepada warna hitam.

Whitehead juga menyumbat liang pori, tetapi ia tersumbat dan menutupi bahagian permukaan pori, maka terhasillah tanda yang berwarna putih.

Info tambahan; Jerawat berlaku kerana kotoran, bakteria, make up atau minyak yang diproduce terlalu banyak oleh kulit yang tersumbat dalam liang pori. Ini boleh menyebabkan sama ada terjadi bintik hitam atau whitehead, yang berpotensi akan menjadi jerawat. Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan whitehead?

Membersihkan dua kali

Sekiranya anda tidak pernah mendengar kami memuji teknik double cleansing, kami akan ceritakan sekali lagi! Double cleansing adalah cara yang terbaik untuk mengatasi whitehead kerana oil cleanser benar-benar membersihkan permukaan kulit kita daripada kotoran, sebum atau bakteria.

Cleansing balm Banilla Co, clean it zero.

Disusuli dengan water cleanser yang akan memastikan apa-apa sisa make up atau kotoran peluh dibersihkan dengan efektif. Kami sangat memuji teknik ini kerana kami percaya wajah yang benar-benar bersih mengurangkan risiko untuk pori-pori kita tersumbat. Hanya membersihkan wajah kita secara teratur mengurangkan risiko timbulnya masalah jerawat pada kulit wajah.

Exfoliate (pengelupasan)

Exfoliate, exfoliate, exfoliate ! Pengelupasan adalah salah satu cara terbaik untuk memerangi whitehead. Satu lagi sebab orang mendapat whitehead adalah kerana sel-sel kulit mati terperangkap dalam liang pori ia akan menyebabkan keradangan pada kulit. Adalah penting memastikan kita exfoliate kulit kita secara teratur kerana ini membantu menghilangkan sel-sel kulit mati dan membersihkan liang pori secara mendalam.

Chemical peeling, Neogen cica pad.

Anda boleh pilih untuk pengelupasan fizikal atau kimia, kedua-duanya akan membantu mengekalkan wajah anda dengan lebih bersih. Tetapi jika anda benar-benar mahu membersihkan liang pori anda, kami mencadangkan pengelupasan kimia. Exfoliators kimia bekerja di luar permukaan untuk benar-benar membersihkan dan membubarkan mana-mana kekotoran yang tersimpan di bawah kulit. BHAs dan AHAs bagus untuk pengelupasan kulit kerana ia adalah asid yang berfungsi untuk menghilangkan kotoran pada kulit. Kita boleh gunakan salah satu atau kedua-duanya bergantung kepada sensitivity kulit kita dan berapa kerap kita menggunakan asid pada kulit, tetapi perlu diingat supaya tidak berlebihan menggunakannya.

Bolehkah picit whitehead?

Perkara pertama yang kita semua fikir setiap kali kita melihat whitehead yang menjengkelkan itu terdapat pada semestinya kita mahu picit untuk hilangkannya bukan?. Saya perlu mengakui, tidak kira berapa banyak artikel yang saya baca memberitahu perkara yang sama supaya tidak memicit jerawat, saya rasa bersalah untuk memberitahu ini. Walaupun rasa bersalah saya, cara terbaik adalah mengelakkan daripada memicit jerawat dengan cara yang salah kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit (seperti parut jerawat). Tetapi jika anda benar-benar tidak dapat mengelak daripada memicitnya, pastikan tangan anda sentiasa bersih. Jangan cuba picit muncung jerawat dengan tangan yang kotor! No no no !

Secara peribadi saya bergelut dengan masalah whitehead, dan ia benar-benar sukar untuk dihilangkan, tetapi cara terbaik yang saya dapati untuk memerangi masalah whitehead adalah dengan pembersihan dan pengelupasan dua kali secara teratur. Kulit saya telah banyak berubah melalui teknik ini.

Juga, perlu diingat bahawa perkara-perkara harian yang mungkin kita lakukan boleh menjadi punca jerawat. Lihat rutin harian kita dan lihat apa yang kita boleh ubah untuk membantu membersihkan kulit dengan lebih baik.

Adakah anda bergelut dengan masalah whitehead? Apa yang anda lakukan untuk kurangkan whitehead? Beritahu kami dalam komen di bawah!

Info from The Klog

Leave a Reply

Your email address will not be published.