Jerawat pasir adalah masalah kulit yang selalu sangat dihadapi oleh orang yang kulit berminyak dan kombinasi, antara sebab jerawat pasir terjadi adalah disebabkan lebihan minyak yang terdapat pada kulit kita yang menyumbat liang pori. Sebelum itu, saya nak perbetulkan jerawat pasir ini adalah jerawat yang tidak meradang atau tiada jangkitan bakteria jadi nama panggilannya dalam ilmu sains kulit ialah comedonal acne iaitu sejenis whitehead.
Sebelum saya share 3 cara nak rawat jerawat pasir perlu kita tahu macam mana punca jerawat pasir terbentuk pada kulit kita. Cara ia terbentuk bermula dengan kelenjar minyak menghasilkan minyak yang berlebihan pada kulit untuk melembapkan kulit setiap hari, kemudian sel kulit mati yang tidak dibersihkan akan menumpuk pada permukaan pintu liang pori lalu minyak yang dikeluarkan kulit tidak dapat keluar ke permukaan kulit lalu ia tersumbat di situ maka terbentuklah jerawat pasir.

3 cara rawat jerawat pasir
1.Buat double cleansing
Minyak yang berlebihan terdapat pada kulit harus dibersihkan dengan betul supaya ia tidak menyumbat liang pori dan menyebabkan jerawat pasir timbul antara cadangan produk pencuci muka yang sesuai untuk masalah ini adalah pencuci muka yang ada kandungan AHA atau BHA kandungan ini akan bantu bersihkan lebihan minyak pada kulit wajah kita.

2. Guna exfoliating toner
Exfoliating toner yang ada kandungan AHA/BHA bagus untuk bersihkan sel kulit mati yang menumpuk pada kulit dan minyak berlebihan yang boleh menyumbat liang pori, antara produk exfoliating toner yang dicadangkan adalah

3. Pakai moisturizer oil-free
Moisturizer membantu mengurangkan potensi kelenjar minyak kita menghasilkan minyak yang banyak pada kulit caranya adalah apabila kita pakai moisturizer kulit kita akan cukup terhidrat dan lembap, jadi kulit akan menghantar isyarat pada kelenjar minyak bahawa kulit sudah cukup lembap jadi kelenjar minyak tidak lagi keluarkan minyak berlebihan.
Selain moisturizer jenis oil-free, pastikan moisturizer kita itu tiada bahan yang boleh menyumbat liang pori (non-comedogenic) dan bertekstur ringan (lighweight) supaya ia mudah meresap pada kulit kita tanpa meninggalkan rasa melekit atau berminyak pada kulit.
Cadangan moisturizer yang mempunyai ciri ini adalah;


iqbal
hye cik cira saya ada fungal acne boleh tak suggest produk yg antifungal