Apa beza antara dermatologis dan estatik?

Estetik dan dermatologis kedua-duanya memainkan peranan yang penting, cuma kedua-dua individu ini berbeza dari segi cara mereka membantu menjaga kulit kita. Jom kita belajar kenal pasti perbezaan kedua-dua individu ini.

Estetik adalah pakar kulit yang bertauliah untuk memelihara kulit kita, mereka ini lebih fokus kepada lapisan kulit luar kita iaitu lapisan epidermis. Mereka lebih memahami bagaimana untuk merawat kulit wajah supaya ia kelihatan sihat dan cantik.

Dermatology-Banner

Dermatologis pula ialah doktor, dermatologis bertanggungjawab memberi pandangan, nasihat dan mereka boleh mendignosis keadaan kulit kita seperti kanser kulit. Jika kita mempunyai masalah seperti radang kulit, ruam atau sesuatu yang merisaukan serta memerlukan kita untuk periksa dermatologis ialah individu yang tepat untuk kita buat temu janji.

Tetapi jika kita hanya mempunyai masalah jerawat, pigmentasi, parut dan sebagainya. Disyorkan kita bertemu dengan pakar estetik, individu ini akan membantu kita dengan menunjukkan apa yang terbaik dan berkesan untuk jenis kulit kita.

Jika ia memerlukan rawatan perubatan dan sebagainya kita perlu bertemu dengan dermatologis, jika kita berjumpa dengan doktor dermatologis semata-mata untuk masalah jerawat, individu ini selalunya akan mencadangkan produk seperti Cetaphil yang mana ia diformulasi oleh syarikat yang berlatar belakang farmasi. Sebagai tambahan Cetaphil kurang membantu apa-apa kerana ia cuma pencuci muka sahaja. Dan semua jenis kulit boleh menggunakannya oleh kerana itulah ia amat disyorkan oleh doktor dermatologis dan individu ini tidak akan memberikan penjelasan spesifik kepada rutin harian penjagaan kulit terbaik untuk kita.

flat-lay-beauty-skincare-products-mock-up-with-plant-flower_1356-677

Estetik pula tidak semata-mata mencadangkan kita untuk menggunakan Cetaphil atau Neutrogena sahaja, kerana mereka lebih mengetahui apa yang terbaik untuk lapisan kulit kita berbanding doktor dermatologis. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna dermatologis tidak membantu tetapi kedua-dua individu ini mempunyai peranan yang spesifik terhadap fungsi masing-masing.

Dermatologis lebih berpengetahuan berkenaan jangkitan penyakit dan sebagainya, mereka tidak spesifik belajar tentang skincare. Manakala pakar estetik lebih faham berkenaan dengan rutin harian penjagaan kulit yang terbaik dan berkesan serta mereka boleh mencadangkan sesetengah chemical peel seperti AHA BHA, serum, essence, toner dan sebagainya. Pakar estetik lebih fokus kepada ‘how our skin looks’

Jika kita lebih fokus kepada masalah dan perawatan kulit disebabkan penyakit kulit bertemulah dengan doktor dermatologis, tetapi jika kita memerlukan nasihat dan pandanga berkenaan dengan ‘skin look’ kita bertemulah dengan pakar estetik.

Kredit to @helpfulacct

Leave a Reply

Your email address will not be published.