Cara jaga kulit normal

Ramai orang keliru dan tak faham apa sebenarnya yang perlu kita utamakan dalam penjagaan kulit wajah adakah pakai pencuci muka dan krim sahaja sudah memadai? dan boleh dapat kulit yang sihat dan cantik ke?

untuk artikel kali ini cikciraa akan kupaskan kepada anda semua tentang macam mana cara yang betul untuk treat kulit kita, kali ini cikciraa bincangkan tentang kulit normal apakah keutamaan dan keperluan yang perlu kita jaga dahulu.
Okey kulit normal ni ialah kulit idaman semua wanita sebab ia kelihatan kurang berminyak kurang kering dan nampak kelembapan dan minyak pada kulit normal ini seimbang dan selalunya jarang berlaku masalah kulit wajah. 
Walaupun kulit normal ni dikatogorikan kulit idaman tetapi ia juga mesti dijaga kalau tak dijaga dengan baik kulit normal juga boleh bertukar kepada kulit bermasalah. Okey apakah keutamaan kulit normal ni?
Keutamaan kulit normal ialah memastikan dan mengekalkan keadaan kulit itu sebegitu . Haa senangkan tapi tak lah senang sangat haha. So apa yang perlu kita buat? macam mana cara nak jaga kulit normal ni? Berikut ialah langkah-langkah yang kita boleh lakukan untuk jaga kulit normal;
1. Gunakan pembersih wajah yang teksturnya jenis ringan setiap hari kena cuci 2 kali sehari muka ya
2. Gunakan toner atau penyegar muka yang teksturnya yang ringan supaya saiz liang pori terpelihara
3. Pakai pelembab yang bebas minyak dan pelembab yang bertekstur ringan contonhya pelembab jenis water base atau lotion untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah setiap hari.
Selamat amalkan penjagaan kulit yang betul !

Leave a Reply

Your email address will not be published.