Double cleansing merupakan teknik penjagaan kulit yang diperkenalkan dari Korea terbukti membantu membersihkan kulit dengan lebih baik. Di Malaysia teknik ini kurang popular kerana orang malaysia masih lagi mengamalkan teknik tradisional dalam penjagaan kulit wajah. Siapa yang rasa ini first time dengar teknik ini mari cikciraa terangkan sikit tentang teknik double cleansing ini.
Double cleansing ni ialah teknik mencuci wajah dua. Pertama kita cuci menggunakan oil cleanser dan yang kedua kita gunakan water base cleanser atau cleanser yang biasa kita guna. Dua cucian ini perlu dibuat dalam satu masa maksudnya lepas cuci dengan oil cleanser kita akan cuci pula dengan water base cleanser atau cleanser yang sedia kita guna. Dua cucian ini akan membantu membersihkan kulit dengan lebih berkesan.
Perlukah teknik ini diamalkan dan apa kelebihannya? ini antara sebab dan kelebihan teknik double cleansing.
- Membantu mencuci wajah dengan lebih mendalam sehingga ke liang pori kulit. Kulit akan semakin bersih dan sihat serta saiz pori akan mengecil disebabkan sudah tiada kotoran yang terperangkap di dalam pori kulit yang boleh membuatkan pori tersumbat lagi.
- Kolagen dalam kulit terpelihara dengan baik disebabkan jaringan kulit kita terjaga dan bebas daripada kotoran dan redikal bebas yang merosakan struktur kulit.
- Cucian ini sangat lembut pada kulit dan tidak mencederakan kulit wajah ini kerana fungsi oil cleanser membantu dengan berkesan menarik minyak berlebihan pada kulit serta melembutkan kulit wajah kembali.
- Mengawal minyak berlebihan pada kulit dan mengurangkan risiko berlakunya breakout.
- Berkesan menyingkirkan habuk halus dan kotoran yang disebabkan pencemaran dalam udara di sekeliling kita.
Siapa yang sesuai lakukan teknik double cleansing ini?Semua jenis kulit wajah tidak kira kulit kering normal atau sensitif teknik ini menjaga dan memelihara keadaan kebersihan kulit setiap hari.
Bilakah teknik double cleansing perlu dilakukan?
Lakukan untuk menanggalkan makeup atau jika anda memakai bedak atau sunblock setiap hari.
Langkah-langkah untuk melakukan double cleansing;
- Lap dahulu makeup di bahagian bibir dan kelopak mata dengan kapas
- Oleskan oil celanser ke seluruh wajah
- Urut menggunakan 3 jari hujung dengan lembut di bahagian wajah selama 30 saat
- Lap wajah dengan kapas lembap dan bilas dengan air bersih
- Seterusnya ambil pencuci wajah kedua dan mulakan mencuci seperti biasa selama 30 saat
- Bilas dengan air bersih dan lap muka dengan tuala khas