5 Alasan Kenapa Konsisten dalam Rutin Penjagaan Kulit Sangat Penting

Rutin penjagaan kulit yang konsisten yang kita lakukan sekarang akan memberi banyak kelebihan kepada kulit kita pada masa akan datang, Tetapkan rutin penjagaan kulit setiap hari dengan penggunaan produk penjagaan kulit yang betul akan memberikan kesan menakjubkan pada kulit kita dalam masa 30 tahun akan datang. Mari kita bincangkan 5 alasan kenapa kita perlu konsisten megamalkan rutin penjagaan kulit mulai sekarang !


1. Memiliki kulit yang cantik memerlukan sedikit masa

Memiliki kulit yang cantik dan sihat dalam sekelip mata adalah tidak logik, kulit yang sihat dan cantik memerlukan sedikit masa dan komitment bagi mendapatkannya. Kulit kita memerlukan nutrisi atau makanan yang berkualiti bagi membina kulit yang baru dalam masa 28 hari. Ini adalah alasan mengapa rutin penjagaan kulit yang konsisten adalah penting.

“Nutrisi yang kita berikan pada kulit hari ini akan membina kulit kita yang baru pada masa akan datang..”

Sabar dan konsisten adalah kunci bagi mencapai kulit sihat dan cantik ! Luangkan masa beberapa minit sahaja setiap hari bagi melakukan rutin penjagaan kulit. Hanya beberapa minit setiap hari dan konsisten kita akan miliki kulit sihat dan cantik.

2. Pastikan sel kulit mati ditanggalkan

Berjuta-juta sel kulit mati ditanggalkan daripada tubuh kita setiap hari dan sebahagian habuk yang terdapat pada persekitaran kita adalah daripada sel kulit mati kita sendiri.

“Dengan menanggalkan sel kulit mati ia memberi ruang kepada kulit baru terhasil dengan pantas setiap hari..”

Apabila terhasilnya sel kulit yang baru kulit akan kelihatan lebih cantik dan bercahaya. Mengekalkan rutin penjagaan kulit yang konsisten membantu menghasilkan kulit yang baru dan berseri.

3. Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza

Pernah jumpa tak orang yang memiliki kulit yang cantik, halus licin dan flawless tetapi tidak mempunyai rutin penjagaan kulit. Mereka ini adalah orang yang dilahirkan dengan kulit yang normal, dan mereka sangat beruntung ! Namun realitinya tidak semua daripada kita memiliki kulit sebegitu, oleh itu kita haruslah menjaga kulit dengan rutin penjagaan yang konsisten setiap hari menggunakan jenis produk penjagaan yang bersesuaian berdasarkan jenis kulit kita.

 4. Mencegah daripada awal lebih bijak

Adakah anda boleh bayangkan jika 30 tahun akan datang kulit anda mengalami masalah pigmentasi, jeragat, berparut, garis halus atau masalah yang lebih serius daripada itu. Jika hari ini kita konsisten mengamalkan rutin penjagaan kulit dengan baik perkara itu dapat dielakkan serta kita juga dapat mengurangkan risiko mengeluarkan belanja yang besar bagi  berjumpa dermatologi di masa depan. Oleh itu, menjaga kulit dengan rutin yang konsisten merupakan pelaburan yang menjimatkan wang kita dalam jangka panjang.

5. Meningkatkan keyakinan diri seseorang

Wajah adalah jendela hati kata orang ! ianya benar kerana perkara utama yang dilihat pada diri kita adalah wajah kita, wajah adalah cerminan personality kita. Memiliki kulit wajah yang bersih daripada sebarang masalah kulit akan meningkatkan keyakinan diri kita dalam apa jua situasi. Kulit yang bersih dan rapi akan memberikan penampilan yang berbeza pada diri kita. Jadi pastikan kita menjaga rutin penjagaan kulit dengan konsisten  setiap hari kerana ia memberi si pemilik kulit banyak kelebihan dan manfaat di kemudian hari.

Kesimpulannya, rutin penjagaan kulit tidak sepatuntnya menjadi susah, mulakan dengan asas dahulu iaitu pemersih muka, pelembap, serum (jika perlu) dan semestinya pelindung suria (sunblock). Dan selepas itu konsisten dengan apa yang kamu lakukan !

Leave a Reply

Your email address will not be published.