Kami sangat yakin anda pasti keliru dengan keperluan toner dalam rutin penjagaan kuli wajah anda, adakah ianya perlu atau tidak bagi jenis kulit wajah anda bukan? Mari kami bantu anda untuk menyelesaikan masalah ini.

Apakah fungsi toner kepada kulit wajah kita?
- Seimbangkan pH kulit
Selepas kita mencuci wajah menggunakan pembersih wajah harian kita adakah anda tahu bahawa pembersih wajah kita akan menyebabkan pH kulit kita menjadi sedikit beralkali. Jadi di sinilah fungsi toner, ia membantu meyeimbangkan pH kulit wajah kerana itulah toner dipakai selepas mencuci wajah.
Kenapa kita perlu seimbangkan pH kulit? pH kulit yang seimbang sangat penting bagi mengekalkan halangan kulit (skin barrie) atau nama lain asid mantel dalam keadaan yang bagi bagi mengelakkan masalah kekeringan kulit dan menjadikan kulit lebih tahan daripada serangan bakteria dan sebagainya. Oleh itu, toner bertindak menyeimbangkan pH kulit kita.
2. Menghidrat kulit
Toner membantu memberi kelembapan kepada kulit sekaligus menyediakan kulit kita dalam keadaan bersedia menerima produk lain, apabila kulit cukup kelembapan akan memudahkan penyerapan produk lain seperti essence serum dan sebagainya dengan berkesan sehingga ke lapisan kulit paling dalam. Kulit yang kering tidak akan menyerap sebarang produk lain dnegan baik. Jadi menghidrat kulit dengan toner adalah penting bagi memastikan keberkesanan produk seterusnya yang anda pakai.
3. Menyingkirkan kotoran yang tersisa
Untuk pengetahuan anda semasa awal toner diperkenalkan dalam pasaran fungsi utama toner adalah untuk membantu menghilangkan kotoran yang tidak boleh dihilangkan oleh pembersih wajah biasa. And boleh lihat contoh kulit yang kusam, kulit yang kusam sebenarnya terdapat lapisan sel kulit mati atau kotoran yang tidak dapat ditanggalkan hanya dengan mencuci wajah sahaja. Jadi toner memainkan peranan menghilangkan atau memecah kotoran yang melekat pada kulit wajah dn menjadikan kulit lebih cerah dan berseri.
Kenapa kotoran ini harus dibuang? Kerana kotoran yang melekat pada kulit wajah yang terdiri daripada sel kulit mati dan sebagainya merupakan halangan kepada kulit untuk produk lain menyerap pada kulit wajah dengan lebih berkesan serta jika kotoran ini dibersihkan dengan konsisten ia akan menjadikan kulit kita lebih cerah dan berseri.
4. Menyegarkan kulit

Adakah kulit anda memerlukan toner?
Jika anda mempunyai kulit berminyak (cara kenal pasti jenis kulit anda) anda digalakkan menggunakan toner untuk menyingkirkan kotoran yang tersisa yang disebabkan oleh minyak berlebihan pada kulit wajah. Jika anda sekarang mengamalkan penggunaan essence atau serum dalam rutin penjagaan wajah anda amat digalakkan menggunakan toner bagi membantu keberkesanan produk treatment yang anda gunakan sekarang.