Mitos Tentang Double Cleansing

Anda baru nak berjinak-jinak belajar tentang rutin penjagaan kulit korea, semakin kita belajar kita akan temui banyak kekeliruan mengenainya. Mari kami perjelaskan semula kepada anda berkenaan kekeliruan mengenai teknik pembersihan dua kali iaitu double cleanse. Kami yakin selepas ini anda akan melakukan rutin double cleanse lebih efektif dengan pemahaman yang begitu jelas!

Double cleansing adalah teknik yang menggunakan dua jenis pencuci; pertama adalah pencuci berasaskan minyak (oil cleanse) dan kedua pencuci berasaskan air (water cleanse). Oil cleanser berfungsi menghilangkan kotoran berasaskan minyak seperti makeup, sebum, dan sebagainya, dan water cleanser mengeluarkan kekotoran yang berasaskan air seperti peluh, kotoran, dan sebagainya .

Mencuci wajah dengan teknik ini akan memastikan kedua-dua jenis kekotoran dikeluarkan daripada kulit wajah kita dengan lebih mendalam. Walau bagaimanapun, teknik double cleansing ini sering berlaku salah faham bagaimana dan cara yang betul untuk melakukanya, terdapat banyak mitos mengenainya dan ia sama sekali tidak benar.

Mitos 1: Kulit jenis berminyak tidak boleh pakai oil cleanser nanti kulit akan lebih berminyak !

Ini adalah mitos pertama dan mitos yang paling popular dalam kalangan kita. Tanggapan bahawa menggunakan minyak pada kulit berminyak akan memburukan lagi keadaan kulit tersebut adalah tidak benar! Pada hakikatnya jika anda adalah orang yang struggle dengan masalah kulit berminyak adalah penting anda menggunakan oil cleanser untuk mencuci kulit wajah dengan lebih mendalam. Kulit berminyak menghasilkan lebih banyak kekotoran berasaskan minyak berbanding kulit biasa, dan menggunakan oil cleanser adalah cara paling berkesan untuk membersihkan kulit berminyak anda.

Kami mencadangkan anda menggunakan oil celeanser seperti Banila Co Clean It Zero. Menggunakan oil cleanser pada kulit berminyak adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk melawan masalah jerawat !

Mitos 2: Saya tidak perlu buat double cleanse jika saya tidak memakai makeup

Ini tidak tepat ! Benar oil cleanser adalah pencuci yang terbaik untuk menyingkirkan makeup dengan berkesan tetapi makeup adalah salah satu jenis kekotoran yang berasaskan minyak. Kotoran lain berasaskan minyak seperti sebum yang berlebihan dan pencemaran yang berasaskan minyak tetap ada sepanjang hari yang akan mencemari kebersihan kulit wajah kita.

Oil cleanser juga membersihkan SPF yang kita gunakan setiap hari, ia memecahkan kekotoran berasaskan minyak dengan baik apabila anda membilasnya dengan air bersih. Oil cleanser bertindak memasuki liang pori dan menarik segala kekotoran berasaskan minyak. Oleh itu, sama ada anda memakai makeup atau tidak anda perlu melakukan double cleanse setiap hari.

Mitos 3: Pagi tak perlu buat double cleanse

Mungkin anda fikir kenapa perlu buat double cleansing ketika waktu pagi bukan? Kerana anda tidak memakai SPF atau berdepan dengan sebarang pencemaran ketika disiang hari bukan? Sama seperti mitos yang kedua tadi.

Semasa anda tidur, wajah anda menghasilkan sebum dan kotoran berasaskan minyak yang akan berkumpul pada permukaan kulit. Ketika bangun pagi kulit memerlukan double cleanse untuk menghapuskan kotoran minyak sepenuhnya. Kulit anda akan berasa lebih segar disiang hari jika anda melakukan teknik double cleansing setiap pagi.

Mitos 4: Double cleanse akan membuatkan kita terover mencuci wajah

Memang benar jika banyak kali anda memcuci wajah ia akan menjadi terlebih mencuci kulit dan menyebabkan lapisan kulit menjadi rosak. Tetapi bukan pada teknik double cleans, oil cleanser dirumus dengan bahan yang melembutkan kulit. Tidak seperti pencuci muka yang lebih kasar, oil cleanser tidak menanggalkan lipid dan ceramida kulit kerana ia penting untuk menjaga keseimbangan dan sihat kulit.

Apabila anda terasa kulit anda kering, ketat serta tidak menyenangkan terjadi selepas mencuci wajah ia berlaku kerana lipid dan ceramida tersebut ditanggalkan untuk menghilangkan kekotoran berasaskan minyak, perkara ini berlaku jika anda menggunakan pencuci muka yang kasar pada kulit anda. ( Baca tanda-tanda terlebih mencuci wajah)

Oil cleanser membersihkan kotoran berminyak pada kulit tanpa menaggalkan lipid dan ceramida daripada lapisan kulit anda. Kerana itu pencuci berasaskan minyak lembut dan sesuai kepada semua jenis kulit wajah.

Konklusinya setiap daripada kita perlu melakukan pembersihan dua kali (double cleanse) setiap pagi dan malam bagi memastikan kebersihan kulit terjaga. Apabila kulit anda benar-benar bersih barulah segala produk yang anda pakai selepas itu diserap dengan lebih baik ke dalam kulit anda dan memberi kesan.

One reply on “Mitos Tentang Double Cleansing

  • widad

    cik cira saya dh pakai teknik db cleanse dh lama (biore purple) awal tu ada perubahan (tiny bumps hilang) tapi bila dah akhir tu still ada jerawat yang kecil kecil susah utk hilang

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.