Bila kita start bercakap tentang sunscreen kita bukan sahaja bercakap tentang kecantikan kulit tetapi kita bercakap tetang cara memelihara dan mencegah masalah skin cancer.
Mungkin topik sunscreen ni tak berapa best bagi hampa sebab dia cuma step skincare yang hampa kena buat untuk lindungi kulit sahaja bukan step yang hampa buat yang akan nampak improvement kepada kulit, hmm maybe hampa rasa kurang best. Tapi hampa tetap kena buat walaupun hampa tak suka kerana tak guna hampa pakai moisture, treat dan hydrate hampa punya kulit tetapi tak pakai sunscreen perumpamaan seperti kita bagi kulit kita cantik-cantik lepas tu kita rosakan dia balik hahah gila namanya tu !
“Perkara pertama yang hampa kena perbaiki adalah mind set tentang sunscreen..” – cirasso.
Jika kita boleh jaga kulit kita supaya sentiasa nampak cantik dan muda dengan rutin yang baik why not kita tak boleh jaga skin kita daripada penuaan juga. Tak guna hari ini kulit kita cantik tetapi bila beberapa tahun lagi kulit kita akan start menua dengan pantas disebabkan kita tak peduli tentang masa depan kulit kita.
Bagi cikcira skincare goal yang sebenar adalah bila mana hang tua nanti contoh umur kita dalam 50an keatas hang still nampak muda seperti umur pertengahan 30an atau awal 40an. This is skincare goal because skincare is long term goal.

Mungkin hari ini kita tak peduli sangat tentang penuaan kerana kita melihat kulit kita masih tegang dan muda, hampa kena fikir suatu hari nanti umur hampa dah masuk 40an ke 50an kulit kita akan start menua dan berkedut bila masa tu dah berlaku dah tak ada guna lagi sebarang produk kecantikan yang boleh kembalikan kulit muda hampa.

Wajah Lee Youngae ketika umur 28 tahun dan 48 tahun [gambar daripada kimchidaily]
Apa hampa rasa bila tengok gambar ni umur 48 tahun macam umur 20an wehhhhhh 😱 cikcira percaya antara salah satu rahsia nak dapat skin macam ni adalah dengan jadikan sunscreen adalah tabiat harian kita. Jom kita tengok gambar terkini Lee Youngae.

Beliau ketika umur 49 tahun
Jika kita rasa kulit kita muda sekarang dan still tak nak pakai sunscreen sebab tak best dan susah nak kena reapply bagai, fikir sekali lagi. Lagi best kalau ketika umur kita masuk 50an kita ada wajah yang muda, bersih dan sihat.
Applying sunscreen became a habit, and now use in you daily routine the rest of your life – cirasso.