Ketika musim covid19 ni cikcira cadangkan hampa jaga kebersihan ketika buat skincare routin hampa. apa perkara yang boleh kita jaga sepanjang musim ini adalah;
- Cuci tangan sebelum start skincare rutin.
- Pastikan face towel kita ditukar setiap 2-3 hari.
- Elakkan jari kita menyentuh direct ke dalam skincare.
- Kerap tukar sarug bantal setiap minggu ditukar atau dibasuh juga tak lupa selimut dan cadar kita ya !
- Elakkan pakai sanitizer pada kulit wajah
Cuci tangan dengan bersih sebelum start skincare rutin

Kita mesti kerap cuci tangan sepanjang hari untuk mengelakkan kuman merebak pada tubuh badan kita yang lain terutaman pada bahagian wajah. Sememangnya dituntut untuk kita mencuci tangan dahulu sebelum menyentuh muka ini oleh mengurangkan kadar masalah jerawat dan sebagainya pada kulit wajah.
Tips membersihkan tangan dengan erkesan adalah pastikan hampa cuci tangan selama 20-30 saat, cuci bahagian jari-jemari, telapak tangan dan bahagian belakang tangan. Sesudah itu keringkan tangan dengan tuala bersih atau tisu. Siap !
Pastikan face towel kita ditukar setiap 2-3 hari.
Face towel yang sentiasa bersih akan menyelamatkan wajah kita daripada jangkitan kuman yang boleh sebabkan jerawat. Jadi pastikan face towel ditukar dan dibasuh setiap 2-3 hari !
Elakkan jari kita menyentuh direct ke dalam skincare.

Walaupun jari kita dah dibersihkan sebelum mulakan skincare rutin, tapi hampa mesti jugak elakan celup jari hampa direct ke dalam skincare untuk elak ada kuman yang masuk ke dalam skincare dan buat sarang kat situ ehhe. Apa cara hampa boleh buat pakai spatula skincare untuk ciduk skincare hampa . Kan lebih bersih dan selamat !
Kerap tukar dan basuh sarung bantal hampa setiap minggu.
Kebersihan tempat tidur adalah salah satu rejimen kecantikan kita, jika tempat tidur kita tidak bersih kuman boleh membiak dan menjangkiti kita. Bantal adalah tempat yang paling dekat dengan wajah kita, apabila sarung bantal tidak dibersihkan dengan baik, kuman dan kotoran akan berpindah pada wajah kita setiap malam. Ketika malam ni lah berlaku regenerasi kulit jika proses ini terganggu dengan kuman daripada sarung bantal kita kemungkinan esok pagi hampa bangun dengan jerawat di pipi huhu.
Tidak ketinggalan hampa mesti cuci makeup brush, makeup bag dan skincare bag hampa sekali.
Elak pakai sanitizer pada kulit wajah.

Hand sanitizer tinggi kandungan alkohol iaitu 60% alkohol ia boleh menyebabkan kekeringan pada kulit wajah dan iritasi. Kenapa hand sanitizer boleh diguna pada tangan adalah kerana kulit bahagian badan kita mempunyai ketebalan 0.60mm berbanding kulit bahagian wajah kita 0.12mm sahaja. JAdi kulit bahagian muka akan lebih sensitif dengan kandungan alkohol yang tinggi.
Info ni bermanfaat? tekan share.
Hafizahh
Macam mana nak tahu produk tu sesuai dengan kulit atau tidak.