“Bila kita tahu macam mana cara nak rawat jerawat dengan ingredient yang betul insyallah dalam masa beberapa bulan sahaja masalah derita jerawat kita akan sembuh..” – cik cira
Hari ni cik cira nak cerita pasal jerawat cik cira yang dah bertahun-tahun susah nak hilang . Sebelum tu ai nak cerita dulu macam mana dia boleh jadi breakout yang sangat tidak terkawal.
Masa umur cik cira 14-23 tahun cik cira cuma ada masalah jerawat batu yang naik dua tiga ketul sahaja bila time period dan lepas naik tu sikit parut pon tak tinggal walaupun kadang aku picit jugak hahaha π
Okey start umur 23-26 ini adalah fasa yang sangat menyedihkan dalam hidup cik cira, antara sebab jadi breakout ni adalah ;
- Terlampau stress dengan kerja, tidur dan makan tak menentu.
- Skin barrier aku rosak lepas dua kali buat bekam muka.
- Pakai produk-prduk baru sekaligus dalam satu masa.
Masa stress kerja jerawat naik silih berganti tetapi tak telalu banyak macam ni lagi dan masih boleh pakai produk 10 step skincare. Selepas bekam muka kulit cik cira jadi kering, sensitif, alergi dan gatal kemudian timbul jerawat yang banyak ni, hampa boleh tengok gambar kat bawah ni.
30 Jun 2018 12 Julai 2018
Masa breakout tu start cik cira sangat struggle untuk hilangkan jerawat tu. Ye lah time tu aku kerja kat skincare company kot huhu balik kampung promote produk company depa kata apa muka hang pon penuh jerawat hahahahah nasib ai pandai cover ala macik ni hormon haha (ye memang betul pon hormon)
Masuk 5 bulan lepas breakout macam zombie tu aku dah tak tahan, aku pergi klinik kesihatan dan mengadu kat doktor pasal jerawat ni dah dua tahun ni doktor tak hilang nak buat macam mana ni?? dengan parut lagi saya malu la doktor huhu
Doktor pon pening kepala dia pandang muka aku kiri kanan dia tanya sakit tak? Sakittt leee doktor sampai nak mengiring muka time tidur pon azab huhu . Lepas tu doktor tu buat surat dia bagi kat aku dia kata bawa surat ni pergi ke hospital pakar . Maka bermulalah sinar kebahagiaan cik cira pringgg (bunyi kerlipan bintang) β¨
<<gambar surat doc>>
Berjumpa doktor pakar
Tiba masa cik cira jumpa doktor pakar depa hantar cik cira kepada dermatologis dan cik cira ambil rawatan di Hospital Klang . Hari pertama jumpa doktor kena bayar RM15 hinggit pendaftaran (aku pelik selalunya RM1 ja, tapi lantak lah hahah masalah jerawat aku lagi penting) So doktor bagi cik cira ubat ni
Start cik cira pakai 2 ubat ni dua minggu lepas tu aku gatai satu muka merah-merah pulak doktor oi hahaha π lepas tu aku stop jap pakai salah satu yang aku rasa yang ni kot buatkan jadi gatai . cik cira stop pakai benzoyl
Lepas tu cik ciraa continue pakai tretanoin tu dan lepas 3 bulan pringggg hilang weh parut jerawat dah start pudar π
Lepas dan hilang tu kita kena p follow up doktor untuk next appoiment so cik cira pon ya doktor dah hilanggg parut tapi jerawat kadang naik lagi . Doktor pon bagi lah sekali lagi ubat macam hari tu untuk stok kedua . Balik tu macam besa aku pakai dua jenis tak tak pakai benzoyl sebab gatal tak tahan gatal .
Selepa tiga bulan lepas tu jumpa doktor lagi dia tanya macam mana kali ni jerawat awak. Hmm still naik lagi doktor . Pastu doktor terus bagi ubat makan dia kata ubat ni selepas 3-6 bulan makan kena stop .
Balik tu cik cira makan ubat tu dan start rasa kulit sangat sensitif bila sentuh sikit rasa sakitnya kalau terkuis sikit kulit rasa sakitnyaa dan cik cira berjaya habiskan ubat makan tu alhamdulillah jerawat kurang dan paling best jerawat kat badan dah tak muncul .
Next p jumpa doktor aku nekad tak nak dah ubat sebab tak tahan ubat kali ni buat kulit jadi sensitif. Aku cakap kat doktor kulit saya dah okey dan tak naik dah jerawat π€ so doktor pon okey next time awak dah tak perlu datang follow up dah jika naik lagi jerawat teruk macam hari tu baru datang ya . Berehh doktor π
Masa tu kulit cik cira dan makin elok dah parut dah kurang, jerawat kalau naik cik cira letak retanoid yang doktor bagi so tak ada masalah untuk tak jumpa doktor lagi.
So settel gelombang pertama breakout cik cira . Pakai 2 jenis ubat tu ja jerawat dah tak keluar dan parut pudar dan cik cira enjoy dengan clear skin sepanjang tahun 2019. wahh siap nak p mana pakai makeup pon rasa licin je kulit dan keyakinan diri mula bertambah, HAPPY ! π₯°
Tetapi perkara tu tak lama, selepas 9 bulan gelombang kedua breakout cik cira datang tak sangka akan keluar rupa macam tu. Kalau hampa nak tahu cerita penuh tonton video ni cik cira cerita segalanya dan cik cira mention juga apa perkara yang hampa mesti elak dan lakukan. Play video sekarang.
INN AZIZI
nak tanya dlm tempoh rawatan ubat hosp, adakah cik cira masih guna pencuci atau apa apa produk. atau mmg stop terus dalam tempoh penggunaan ubat hospital?