Apa benda yang kita nak kena jaga pada kulit kita dulu?

Kebanyakan orang gagal dalam proses mendapatkan kulit yang cantik adalah kerana ramai yang tidak tahu apakah yang perlu kita fokus dahulu dengan jenis kulit yang kita ada. Ramai orang mudah terpengaruh dengan melihat apa yang orang lain buat dan pakai, dalam dunia skincare perkara itu tidak diguna pakai kerana kulit setiap orang berbeza.

Jom kita tengok apa perkara yang perlu kita fokus dahulu dalam penjagaan kulit.

  1. Kenali jenis kulit sendiri
  2. Kenal pasti keutamaan kulit
  3. Fokus rawat masalah kulit
  4. Capai kulit idaman

Dalam artikel kali ini cikcira akan cerita tentang kenal pasti keutamaan setiap jenis kulit, setiap jenis kulit perlu jaga ini dahulu sebelum fokus ke arah merawat masalah kulit.

1. Kulit normal

Kulit jenis ini kebanyakan sesuai dengan pelbagai jenis produk, cuma apa yang perlu kita fokus jika kita milki kulit jenis ini adalah maintainkan ia sebegitu dan sentiasa lindungi kesihatan kulit dengan melakukan double cleansing, beri cukup penghidratan dan lindung kulit daripada cahaya matahari.

2. Kulit berminyak

Keutamaan orang kulit berminyak adalah mereka perlu pastikan liang pori tidak mudah tersumbat dan control oil production dengan menggunakan water base produk, tekstur gel (lightweight) sangat bagus untuk kulit berminyak dan senitiasa maintain dengan exfoliate kulit menggunakan salicylic asid atau jika kulit sensitif gantikan dengan glycolic acid.

Jika kulit berminyak kita mudah naik jerawat double cleansing adalah sangat penting, gunakan gantle cleanser dan elakan guna physical exfoliatior macam skrub ia boleh memburukan keadaan jerawat tadi. Gunakan juga bahan anti-inffammantory dan antibakteria seperti tea tree oil. Dan pastikan guna sunscreen untuk elak jerawat yang meradang bertukar kepada parut PIH yang kekal.

3. Kulit kering

Fokus kepada melembap dan menghidat kulit, gunakan produk yang lebih kepada kandungan minyak, emollient untuk lindungi skin barrier kita. Boleh juga guna ingredient humectat yang akan kembalikan kelembapan kulit.

4. Kulit kombinasi

Kulit jenis ini kita perlu kenal pasti betul-betul adakah kulit kita kombinasi ke arah berminyak atau kering atau sama banyak. Jika ke arah berminyak pastikan guna produk yang lebih kepada lightweight, jika berminyak dan kering sama banyak kita perlu gunakan produk yg berminyak di kawasan berminyak produk utk kulit kering di kawasan yang kering. Fokus utama kulit kombinasi adalah keseimbangan antara dua keadaan kulit itu.

5. Kulit sensitif

Kulit jenis ini boleh jadi kita ada kulit yang berminyak tetapi sensitif atau kulit jenis kombinasi tetapi sensitif, caranya adalah kenal pasti kulit kita jenis apa base on keutaman kulit dan pastikan setiap produk yang dipakai adalah bersifat gentle (lembut), elakan bahan yang ada kandungan pewangi (fragrance), pewarna (colourant), alcohol dan bahan skrub yang kasar pada kulit.

Jadi apa nak buat lepas tahu keutamaan kulit?

Selepas tu cari produk yang bersesuaian dengan kulit, buat patch test dan fokus 4-8 minggu konsisten pakai dan bila kulit dah rasa seimbang dan stabil baru fokus pakai produk yang merawat masalah kulit tertentu. Sekarang apa kena buat adalah kukuhkan asas penjagaan kulit kita dulu iaitu cleanse-moisture-spf baru lah fikir nak guna produk yang ada active ingredient.

Leave a Reply

Your email address will not be published.