April 15, 2020April 17, 2020 Patch test tu apa dan untuk apa? Patch test digunakan dalam method skincare untuk menentukan sejauh mana kulit kita sesuai dengan sesuatu produk. Ini adalah topik paling penting sepanjang skincare journey cik cira, antara kesilapan cik cira masa breakout dulu adalah mengabaikan step patch test ni. cik cira ingat lagi the moment breakout tu berlaku time malam cik cira buat 6 step skincare routine macam biasa dan malam tu terasa gatal sangat pipi kiri kanan dan kesilapan ai adalah tidak dengar apa yang skin ai reflect jadi cik cira teruskan buat step skincare tu dalam beberapa hari dan keluar breakout teruk. Full story here. Untuk pengetahuan hampa patch test yang betul sangat membantu menghilangkan masalah jerawat yang dah lama hampa menderita. Jika belajar daripada pengalaman cik cira please lakukan patch test dulu sebelum pakai produk baru ke seluruh muka ! Mind set nak cepat nampak result dengan pakai secara banyak terus kat muka tak boleh dipakai langsung dalam skincare. Kalau hampa buat juga macam tu, beli skincare banyak-banyak terus pakai hampa tunggulah apa yang akan berlaku lebih-lebih lagi jika hampa ada kulit yang sensitif atau jenis berjerawat. Cik cira ulang beli skincare banyak-banyak terus pakai hampa tunggulah apa yang akan berlaku lebih-lebih lagi jika hampa ada kulit yang sensitif atau jenis berjerawat Simpan ayat ni dalam otak hampa. A patch test is a method used to determine whether a specific substance causes allergic inflammation of a patient’s skin. Any individual suspected of having allergic contact dermatitis or atopic dermatitis needs patch testing.Wikipedia Apa itu patch test? perlu ke saya buat? Patch test adalah ujian kita tempek sikit dulu skincare yang kita beli untuk tengok reaksi kulit adakah ia boleh tolerate dengan skin kita atau tak. Kalau dia okey skin akan nampak lebih baik, kalau sebaliknya skin mungkin akan berlaku iritasi di tempat yang kita tempek skincare tu. Patch test terdiri daripada 3 perkara; Nak detect jika kulit ada alergikNak kenal pasti iritasi kulit (kerengsaan)Comedogenicity (menyumbat liang pori) Alergik Cara nak detect kulit kita ada alergik tak dengan produk tu adalah dengan apply skincare tu pada bahagian kulit belakang telinga kita kerana kulit bahagian situ hampir sama dengan kulit di wajah kita. Iritasi Apply sedikit skincare tadi pada bahagian kulit paling sensitif, setiap orang berbeza bahagian ni. Kalau cik cira selalunya bahagian dagu, pipi dan rahang (jawline) nak tahu bahagian mana yang sensitif ni hampa tengok bahagian muka hampa yang mana kalau silap sikit jee mesti rasa macam gatal-gatal atau tak selesa. Boleh juga nak test bahagian leher area situ terlindung jika berlaku sebarang reaksi pada kulit. Comedogenicity Apply kat bahagian yang liang pori hampa senang tersumbat dan senang naik jerawat, bahagian ni pon berbeza setiap orang. Kalau cik cira banyak bahagian bawah bibir dan tepi hidung. Berapa lama nak kena test? Sekurang-kurangnya seminggu, ini depands kepada orang jugak kadang ada orang 24 jam pakai dah nampak gejala tak sesuai tu kalau cik cira kadang 3-4 hari baru nampak, jadi kalau dah nampak kesan tak okey contoh merah-merah, naik jerawat kecil or gatal-gatal terus stop pakai itu tandanya kulit hampa tak sesuai dengan skincare tu. Tanda-tanda kulit tidak sesuai dengan produk tersebut atau dengan ingredient dalam tu adalah; Naik merah-merah kat kulitNaik jerawatRasa panas atau pedihKulit kering dan ketatWhitehead/blackhead semakin banyak Kalau tak sesuai apa nak kena buat? Jangan pakai dah produk tu pergi basuh muka dengan air atau gentle cleanser hampa dan pakai moisturizer lepas tu sila prelove produk yang tak sesuai dengan skin hampa tu kat shopee huhu sebab tulah sangat penting kita beli skincare yang tester pack dulu dan kalau kat korea memang banyak depa bagi tester pack yang kecil-kecil tu percuma sebab depa faham tentang kepentingan patch test ni sebelum kita pakai produk fully satu muka. Ia menentukan skin kita improve atau akan jadi lebih buruk ! Info tambahan, ketika hampa tengah patch test boleh pakai produk yang hampa sudah pakai sebelum ni macam biasa cuma add on produk nak patch test tu kat tempat-tempat tertentu sahaja. Jangan pulak skip produk yang dah okey sbelum ni. Banyak mana kena letak untuk patch test? Letak sikit sahaja sebesar size duit dua kupang (20sen), dan sapu nipis macam apply produk macam biasa sahaja. cik cira cadangkan hampa buat patch test satu-satu produk dulu jangan sekaligus, kalau buat satu-satu lebih mudah kita detact mana satu produk yang sesuai atau tak. Mesti hampa kata lambatnya kalau macam tu cik cira. Ya memang lambat sebab skincare adalah rutin dan bukan perkara yang mendatangkan result yang cepat. Hampa kena ajar diri hampa fikir macam ni, kesabaran yang hampa berikan hari ini adalah suatu kepuasan seumur hidup yang hampa akan rasai bila memiliki skin yang tak banyak masalah. Ingat skincare yang bagus untuk kulit kita adalah bila kita pakai dia nampak perubahan atau improvement dan buat kita rasa lebih baik, bukan sebaliknya. Satgi muncul pulak hampa tanya, cik cira kalau yang kata dia keluar jerawat dsb tu bukan healing crisis ka cik cira? next artikel cik cira akan explain tentang ni dalam tajuk purging dan breakout. Share artikel ni jika rasa perkongsian ini membantu hampa 💛 Boleh juga tengok video ni untuk lebih faham. Post Views: 631 Skincare