Ramai fikir sebum atau minyak yang ada pada kulit kita adalah musuh nombor satu yang menyebabkan breakout, selepas anda baca info ini anda akan mula jadikan sebum kawan baik anda selepas ini. Teruskan membaca.
Minyak atau sebum pada kulit kita sebenarnya adalah perkara yang baik dan ramai yang tidak tahu perkara ini. Sebum yang keluar melalui liang pori kulit kita menjadikan rambut tidak mudah kering, ia melindungi kulit kita daripada kehilangan air, ia buatkan tekstur kulit kita terasa lembut dan paling utama ia berfungsi membunuh bakteria pada kulit. Betul ke sebum kulit boleh membunuh bakteria pada kulit? Mari kami cerita.
Sebum sebenarnya bertindak menghasilkan asid mantel yang mana ia berfungsi meneutralkan kesan-kesan kimia serta toksin-toksin yang dibawa oleh persekitaran kita dengan mengekalkan keadaan sedikit berasid pada kulit kita. Ia amat penting kerana pH kulit kita mempunyai banyak kaitan dengan kesihatan kulit.
Kulit yang terlalu beralkali (pH 9-10) akan menjadikan kulit kita kering dan gatal. Manakala pH yang terlalu berasid (pH 2-3) akan menimbulkan masalah radang atau breakout pada kulit kita. Kebanyakkan persekitaran kita ini adalah terdiri daripada perkara-perkara yang bersifat alkali, jadi asid mantel yang dihasilkan oleh sebum akan bertindak menyeimbangkan pH kulit sekaligus menjaga dan memelihara keadaan kulit kita.
Sebum kulit adalah penting kepada kita, tanpa kita sedar kita sudah diajar untuk percaya yang kulit berminyak adalah teruk dan ia semestinya tidak benar dan kita tidak sepatutnya fikir yang ianya adalah musuh nombor satu kepada kulit kita. Tanpa sebum keadaan kulit akan jadi lebih buruk. Mulai hari ini kami yakin anda pasti akan mula rasa bersyukur dan sangat menghargai kulit jika anda adalah salah seseorang yang memiliki kulit jenis berminyak.
Cara untuk mengawal sebum supaya ia tidak menimbulkan breakout ataupun kekeringan pada kulit adalah dengan menjaga keseimbangan pH kulit setiap masa, anda boleh menggunakan toner atau cleanser yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.
Kredit info to Adina Grigore