Kena Faham Dulu 3 Perkara Ini Kalau Nak Cantik

Seiring dengan perkembangan pesat dunia kecantikan di negara kita sekarang ni ramai yang semakin keliru dengan penjagaan kulit wajah yang betul memandangkan begitu banyak info berkenaan cara penjagaan kulit wajah membuatkan kita semakin keliru apakah sebenarnya cara dan petua yang benar-benar berkesan untuk memelihara kecantikan kulit wajah.

Hai saya cikciraa saya seorang intraprenur yang berpengalaman selama 4 tahun dalam bidang kecantikan pernah menjual pelbagai produk kecantikan sebelum ni dan pernah juga mengalami keadaan tersalah pakai produk merbahaya, saya menulis artikel ini kerana mahu berkongsi dengan anda semua berkenaan cara penjagaan kulit wajah yang betul yang benar-benar memberi kesan yang positif atas kesihatan dan kecantikan kulit wajah.
Dalam artikel ini saya tidak mahu berceritakan tentang cara penjagaan wajah apa yang mahu saya konsikan ialah perkara paling asas yang semua wanita perlu tahu dan faham sebelum mengamalkan  penjagaan kulit wajah yang betul. untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik kita perlu berpegang kepada 3 mind set ini;
 Image result for tiada kecantikan segera korea
1. TIADA KECANTIKAN SEGERA
Dalam dunia yang serba padat dengan maklumat ini, banyak produk kecantikan menjanjikan kesan yang pantas dan selamat ke atas kulit wajah. Bagi saya, saya tidak mempercayainya 100% saya hanya akan mempercayainya jika benar produk tersebut sesuai dengan keadaan kulit saya pada masa itu. Untuk miliki kulit yang sihat dan cantik memerlukan usaha dan masa .
2. BEAUTY SKIN IS ALL ABOUT BRIGHTENING SKIN NOT WHITENING
Kulit yang sihat dan cantik ialah tentang memiliki kulit yang bercahaya dan berseri-seri tak semestinya kulit yang cerah dan putih semata-mata. Jadi jika anda memiliki kulit sawo matang atau gelap usah risau anda juga layak mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.
Related image
3. MESTI SABAR DAN KONSISTEN KEKALKAN KULIT CANTIK
Usaha dan sabar adalah kunci kecantikan kulit, kita mesti sabar merawat kulit dan konsisten untuk kekalkan keadaan kulit wajah seperti itu, ini adalah kunci kecantikan paling penting jika kita tidak sabar dan konsisten hanya membuang masa sahaja .
Posting seterusnya saya akan kongsikan 10 cara orang korea jaga kulit wajah mereka untuk dapatkan kulit bercahaya dan berseri. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.